19 June 2016

Sehijau Daun

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah berkhidmat secara rasmi sebagai pendidik selama 3 bulan di sebuah sekolah. Syukur Allah SWT makbulkan permintaan untuk berada dekat dengan keluarga, di kampung halaman sendiri. Walaupun jarak nak ke sekolah ada la dalam 40 minit tapi bila dapat tahu yang dapat di daerah sendiri tu pun dah seribu satu rahmat.

Segala puji bagi Allah SWT :)

Dalam tempoh 3 bulan, ada banyak benda yang aku belajar. Masih merangkak-rangkak sebagai guru baru. Masih pening fikir apa nak buat dekat kelas, apa kena ajar kat budak-budak esok, macam mana nak bagi budak faham apa yang aku ajar. Yang penting, tiap hari ada benda baru yang aku dapat. Ada sesuatu yang aku belajar dari orang sekeliling aku. Penat? Kerja mana yang tak penat. Kadang-kadang, bila balik rumah, tak sedar dah terlentok walaupun tak rancang pun nak tidur ke apa. Moga Allah beri kekuatan jadi guru yang terbaik. Baik buat anak murid, sekolah, masyarakat sekeliling, negara dan yang penting pada agama. Berat tanggungjawab tu. Dengan sistem sekarang ni lagi. Memang mencabar. Macam yang aku cakap tadi, Masih merangkak, masih terkial-kial nak faham sistem dan cara berkerja di sekolah. 

Sepanjang 3 bulan, macam-macam jenis manusia yang aku kenal. Macam-macam ragam yang aku nampak. Dari situ, aku belajar banyak benda. Belajar ni bukan setakat dari buku tapi sikap orang pun kita boleh belajar. Yang baik kita ambik sebagai teladan, ambik sebagai contoh terbaik. Yang kurang baik, jauhkan. Allah bagi peluang kenal dekat orang. Dalam ramai-ramai, ada juga yang mengajar aku sesuatu. Tak nak cakap lebih. 

Dah lama tak menulis. Kekok pulak rasanya. 



Jangan diharap pada manusia.
Takut nanti kecewa.
Jangan bergantung pada insan biasa.
Takut nanti ada yang merana.
Jangan hambakan diri pada nafsu.
Takut nanti akal membisu.
Jangan meminta bila susah.
Takut senang syukurnya payah.
Jangan dinilai apa yang rosak.
Takut diri jadi riak.
Setenang air di laut.
Sesegar hijau dedaun.
Sesuci embun di kala pagi.
Hanya sedikit mata memerhati.
Biar diri sentiasa tenang.
Iman dan amal jangan di belakang.
Mata manusia ada hijab yang menghalang.
Di mata Allah Azzawajalla kau pemenang.

Coretan 5 Ramadhan. Lama dah ni. Sekadar mengaitkan pengalaman diri dengan rasa kat hati. Moga Allah beri kekuatan selalu. Amin amin!

p/s: Salam Ramadhan. Moga Ramadhan tahun ni bawa keberkatan kepada kita semua :)

Sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...