09 July 2013

Ketuk Keletak Ramadhan

Bismillah.

Allah Allah. Lebih sebulan tak update blog! Terlampau fokus dengan urusan yang lebih penting sampai tak berkesempatan nak menulis. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas. Malam ini inshaAllah dah masuk 1 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, tak terasa yang kita dah melangkah masuk ke bulan penuh barakah ni. Alhamdulillah! So, untuk semua Muslimin dan Muslimat, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, selamat menunaikan rukun Islam yang ketiga. Aku harap, Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yang lebih bermakna buat kita semua. 

Aku? Macam biasa. Tak ada cerita lain selain cerita sebagai seorang pelajar. Beberapa hari lepas, aku dan rakan-rakan yang lain, baru je selesai berBIG. BIG does not stand for 'big' as in size tapi BIG ni bermaksud BINA INSAN GURU. Perkhemahan ke-2 sebagai seorang guru pelatih. Nak kata perkhemahan tu tak juga tapi lebih kepada khidmat masyarakat dan kembara sosial. It's more on interaction between us as teacher trainees and the community. We went to a place called Semalatong. It's a P1 area. Memandangkan aku merupakan pelanggan Digi untuk mobile data, bila masuk kawasan pedalaman, nak online, nak update status di Facebook, nak tweet, nak berInstagram, nak berWhatsapp nak berWechat susah sangat. Ada sesetengah kawasan je yang 'friendly'. Syukur juga sebab nombor satu lagi Celcom so,still boleh contact famili dan rakan-rakan. Untunglah kawan-kawan yang guna mobile data Celcom tu. Well, it's not a big issue to me sebab datang sana pun nak cari pengalaman, nak berkhidmat kepada sekolah. I was very glad that I went there. It's my first time and it's my first visit I think to a P1 area. Baru P1 belum P3 kan? 

As a future teacher, there are a lot that I can learn. The students, the school, the teachers, parents even the staffs there. Sekolah yang hanya ada 100 lebih orang pelajar. Kiranya dalam satu kelas ada lah dalam berbelas. A very small community yet it's a pleasure to be with them for 3 days and 2 nights. Program ni melibatkan kami sebagai pelajar dan komuniti yang ada di kawasan tu. Setiap dari kami berpeluang tinggal di rumah keluarga angkat. Integrasi kaum lah juga sebab selama 2 malam, kami tinggal di rumah keluarga angkat yang berbangsa Iban Muslim. There are a lot that we can share with them. Alhamdulillah. Tak ada masalah pun. Glad that I was chosen to be with them with some other friends. Dari program ni, sedikit sebanyak, aku belajar macam mana kehidupan di kawasan kampung yang jauh dari bandar. 

So,this is the school, SK Semalatong which is situated in Simunjan, Sarawak. There should be no worries if you are being posted to this school. Believe me. hehe.

one of the beautiful views early in the morning. aku jadi jurugambar je. maaf. gambar terpaksa di'blur' kan, ehehehe.



Yes, in terms of facilities, P1 area is still lacking but what I like the most are the beautiful scenery early in the morning, the fresh air, the students, the community and the other villagers of course. Aku anak bandar mana lah pernah merasa hidup yang betul-betul kampung macam tu. I think it's a good opportunity to all of us. Kerja gila juga bila seawal jam 7 pagi, aku dan beberapa orang kawan yang lain jalan kaki ke kedai runcit di rumah penghulu semata-mata nak beli aiskrim susu yang susah nak jumpa di bandaraya Kuching. haha. Masa tu, tak sedar yang diri ni tengah sakit sebab malam tu aku batuk dan selesema. Teruk kot tapi pagi tu, ada okay sikit lepas telan ubat. Tapi degil juga sebab nak makan punya pasal. hehe. 

What I can conclude is, as a future teacher, I have to prepare. Prepare for what? Bersedia untuk hidup di kawasan macam ni. P1 okay lagi sebab boleh naik kereta, naik bas. Kalau P3? Kena naik perahu, naik bot rasanya. Akan datang, aku sendiri pun tak tahu apa yang bakal aku tempuhi sebab for sure, suatu hari nanti, kami akan dihantar ke kawasan pedalaman sebab kalau ikut pengalaman aku, guru yang major dalam Bahasa Inggeris memang ramai yang dihantar ke pedalaman. Senior aku ramai je. So, aku pun kena sedia. Tak kisah lah ajar subjek apa sekali pun, tapi pengalaman tu penting. May Allah ease.

p/s: Mesir tengah bergolak. Encik Fudhail ada di Malaysia sekarang ni. Doakan yang terbaik buat Mesir, Syria, Palestin, Rohingya dan mana-mana negara Islam yang dilanda musibah. Sesungguhnya, musibah itu datang dari Allah. DIA nak tengok sejauh mana pergantungan kita kepada DIA. Jom sama-sama doakan kemenangan untuk pihak yang tegakkan agama Allah. Du'a as a weapon. In sha Allah. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Ahlan Ahlan ya Ramadhan. Terawih okay malam ni ;)

Sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...