03 June 2013

Orang Hebat

Bismillah. 

Terlalu lama rasanya diri ni tak menulis. Kekangan masa sebagai pelajar, kakak, makcik(sounds so old right?), kawan, sahabat dsb membantutkan niat aku nak berkongsi sesuatu. Kadang-kadang, tak ada idea. Kadang-kadang tu bila kemalasan menguasai diri, jemari ni tak mampu nak digerakkan. Haih. Yelah tu. Tweet-tweet, tekan keypad handphone boleh pulak kan? Okay, sekarang tak main tekan keypad dah. Kita ada teknologi baru. Touch touch punya. Dunia makin ke depan tapi hakikatnya manusia makin ke belakang. Setuju? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Ya atau tidak, itu hak masing-masing nak beri pendapat. Tak ada betul tak ada salah, okay? :)

Musim cuti macam ni, laptop aku pun bercuti. Masa lebih banyak diluangkan bersama ahli keluarga. Betul, tak tipu. Aku tak ke mana-mana pun setakat ni. Rasanya 24 jam ada di rumah. Nak kata tak nak tengok dunia luar tu tak ada lah tapi aku pilih untuk luangkan lebih banyak masa di rumah. Tak kisah lah buat apa. Layan kerenah anak buah, buat itu buat ini, as long as I can enjoy myself at a place which I called as home. Home sweet home, tak gitu? Eh, panjangnya mukaddimah. 

Life is full of challenges. Challenges are part of our lives. It's what makes you stronger. It's how you learn. Orang yang Allah nak hebatkan akan diuji dengan ujian yang hebat. Kadang-kadang, tertanya juga. Hebatkah aku? Baru-baru ni, didatangkan dengan sesuatu yang mengejutkan, menginsafkan. Sesuatu yang membuatkan aku banyak berfikir. Sampai satu tahap tu, susah sangat aku nak lelapkan mata sebab terlampau banyak berfikir. Ceh, macam ahli falsafah pulak kan? Aristotle or Plato versi wanita di abad millenium kot. Lol. Sebelum ni, bukan tak pernah diuji. Pernah. Sampai rasa tak tertanggung. Cuma kali ni, Allah datangkan sesuatu dalam hati ni. To me, it's good to share and I hope that people who read my blog will be delighted to know what I feel, what I have experienced. Ya, Allah datangkan ujian pada aku. Di waktu cuti, benda yang aku tak pernah sangka tiba-tiba datang. Tak diundang. Tak dipinta. Redha, ikhlas semua tu tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Cukup lah sekadar aku sendiri yang tahu apa yang aku rasa. Syukur alhamdulillah, kali ni, hati, diri aku rasa lebih ringan dalam menerima apa yang berlaku. Pengalaman mengajar. Orang di sekeliling banyak mengajar. 


credit : click here

Pelik kan? Aku pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada diri aku cuma satu je yang aku nak cakap. Bila kita letakkan seluruh keyakinan kita pada Allah, in sha Allah, hati akan jadi lebih tenang dalam menghadapi dugaan, ujian atan apa-apa saja yang Allah datangkan kepada kita. It sounds common tapi aku pasti sangat-sangat, tak ramai yang boleh buat. Letakkan seluruh keyakinan pada Allah. Nampak macam senang tapi hanya tuan empunya diri yang tahu apa sebenarnya berlaku. Berperang dengan diri sendiri, berperang dengan rasa hati tu kadang-kadang lebih sukar daripada berperang dengan manusia di sekeliling. Nayyyy! It's not just sometimes but it happens all the time. To me, it's really tough to go against yourself. To go against your feeling, your stand, your perception and etc. Do you realise how hard it is? Hey, it's super tough! But one thing, you know yourself better. Entry ni bukan nak jaja cerita ke seluruh dunia yang "HEY, READ THIS! Saya tengah diuji!" A big NO for that but it's just to tell you that when you keep your faith in HIM, with Allah's will, in sha Allah, everything will be fine. Kita hidup ada matlamat. Kita hidup ada kepercayaan masing-masing. Letakkan seluruh keyakinan kepada Allah yang esa tu bagi aku adalah kunci kepada kehidupan manusia. 

Ada satu mutiara kata dari sebuah buku yang aku baca. It says that,

"Optimislah, meskipun anda berada di tengah-tengah badai dan angin taufan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan." - Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Badai dan angin taufan tu metafor je pon. There will be rainbow after the rain. The night falls but the sun will shine. It's just how life is. Aip, tiada unsur Shakespeare di situ. Harap maaf.

p/s: rasa macam pakar motivasi pulak. uhuk uhuk.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...