05 March 2013

Cerita dari Awan

Bismillah.


Debu.

Dalam hati kata nak update blog tapi? Action speaks louder than words. Couldn't agree more. 

Alhamdulillah. Hari ni Allah beri kesempatan buat diri yang terlampau sibuk dengan urusan pelajaran ni untuk berkarya. Cewah! Berkarya pula. Sekadar cetusan idea di blog yang tak seberapa. Semester tiga macam biasa, sibuk sentiasa. Tugasan itu tugasan ini, pembentangan itu pembentangan ini, cari itu cari ini, taip itu taip ini. Belum lagi aktiviti-aktiviti lain. Ya Allah. Tak menang tangan dibuatnya. Tapi kadang-kadang biasa lah kan. Kalau dah namanya pelajar, lenggang-lenggang kangkung tu tetap ada masa nak hantar tugasan masa nak buat tugasan. Ehehe. Itu masalah diri sendiri tak ada sesiapa pun yang boleh bantu kecuali? DIRI SENDIRI. 

Sekadar nak mengajak kamu, kamu, kamu dan kamu berfikir sejenak. Kita? Yup. Sekadar nak meluang masa untuk berfikir. 

Sebagai manusia biasa, aku cukup sedar yang aku kosong. Bukan macam lagu Najwa Latif tu tapi kosong tak punya apa-apa yang istimewa. Aku bukan insan hebat. Tak punya kuasa. Sebab, aku sedar, dalam hidup ni tak ada yang mampu menandingi kuasa DIA, Allah Azzawajalla. Teringat perkongsian masa usrah yang lepas. Tadabbur ayat. Ada beberapa ayat yang cukup memberi impak kepada diri aku. 

"Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan daripada air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." Surah An-Nur, Ayat 45

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang memberi penjelasan. Dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus." Surah An-Nur, Ayat 46

"Dan barang siapa taat kepada Allah dan Rasulnya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka itulah orang yang mendapat kemenangan." Surah An-Nur, Ayat 52

Aku sedar yang aku mungkin tak mampu nak terangkan seperti mana orang-orang yang lebih berilmu atau orang-orang yang lebih arif tentang kalam Allah ni. Tapi dari tiga ayat ni, ada beberapa perkara yang kita kena ingat.

Pertama, segala yang Allah ciptakan ada fungsinya. Maksudnya di sini, Allah tak cipta sesuatu tu untuk suka-suka. Allah tak cipta sesuatu tu untuk hiasan semata-mata. Sebab apa? Every creation has its own benefit or advantage. It's functional. Everything is important. Hatta pokok, kayu, tanah, air dan sebagainya. Kita sebagai manusia mungkin tak nampak yang ciptaan Allah ni ada gunanya kepada kita sebab apa? Kita tengok alam sekeliling kita sebagai suatu yang biasa di pandangan mata. Sebab, semuanya benda mati dan bukan benda hidup. Tak sama macam kita, betul? Tengok pokok, tak ada perasaan kot. Pernah tak kita duduk sebentar, tenangkan diri, lihat alam sekeliling, kita fikir sejenak, refleksi, tanya diri kita, kenapa Allah ciptakan sesuatu tu seperti apa yang kita nampak? Kenapa Allah ciptakan sesuatu tu macam tu? We may not know why but in daily lives of human beings, we do depend on each other. Kita tetap bergantung kepada benda selain manusia. Kalau tak ada pokok, tumbuh-tumbuhan, dari mana datangnya oksigen? Kalau tak kerana kayu, macam mana nak dirikan rumah? Kalau tak ada air, macam mana kita nak hidup? As simple as that.

Teringat perjalanan di awan biru. Perjalanan yang tak ada lah panjang mana tapi tiba-tiba terdetik dalam hati ni akan sesuatu keajaiban. Kebetulan pula masa tu dapat tempat duduk di tepi jendela pesawat. I'm a person who adores camera so much. I love taking photos. Aku tak suka bergambar tapi aku suka ambil gambar. That time, nak tukar mode handphone kepada 'flight mode' tak berani pula sebab takut cik skirt sendat tegur, "sorry miss.you're not allowed to use any electrical devices while boarding." Gulp! Hey! It's flight mode! Argh! Haha. Adeh.  Baru nak snap snap dah kena tegur. Hihik.Nasib baik ada bawa kamera lain.


Awan?

Kenapa awan? Rasanya masa naik pesawat, kita dah biasa tengok awan, tengok langit biru. Tapi pernah tak kita fikir, kenapa Allah jadikan awan dalam bentuk kepulan? Kenapa Allah tak jadikan awan tu dalam bentuk empat segi, bulat dan sebagainya? Pernah tak kita fikir kenapa Allah jadikan awan warna putih? Kenapa Allah tak cipta awan tu merah, hijau, ungu ke? Well, I'm not good in Science. Tahu setakat seciput tu boleh lah.I wrote here not to tell you about Science facts or perhaps about the process of evaporating or whatever it is but it's just to make you realise that every creation has its own function. There is always reasons behind everything. It's just us, human beings who tend to take things for granted.

Ayat 46 dan 52 mungkin dua ayat yang agak pendek. Short yet precise. Allah dah ingatkan kita dalam setiap ayat yang diturunkan. Segalanya dah lengkap, dah cukup cantik. Cuma kita sebagai manusia tak ambil inisiatif untuk fahami setiap apa yang Allah dah perkatakan. In my sharing, I used to write the word 'we' atau 'kita'. Sebab, majoriti daripada kita buat benda yang sama. Kadang-kadang kita tahu tapi kita tak ambil tahu. Lagi teruk bila kita tak tahu tapi tak pernah usaha nak ambil tahu. Two different conditions but still, both are useless. Ayat 46 mengingatkan aku kepada sesuatu yang Allah janjikan kepada kita sebagai hambanya.  Hidayah. Teringat kata-kata Inche Gabbana dalam satu status Facebook beliau yang kira-kira berbunyi, "bila kita dah dapat Makcik Hidayah tu, peluk erat-erat." Entah lah. Aku sendiri lupa apa tapi apa yang aku faham, hidayah tu milik Allah. Sekali kita dah dapat, tolong jangan persiakan, jangan lepaskan. 

Orang yang mendapat kemenangan? Kita ke? Wallahualam. Hanya diri kita sendiri yang tahu setakat mana pencapaian kita di mata Allah. Kadang-kadang hidup ni umpama berlari di padang balapan. Setiap pelari ada misi yang hendak dicapai sehingga ke garisan penamat. Siapa kita? Kita adalah pelari tu. Apa misi kita? Nak sampai ke garisan penamat. Garisan penamat tu apa? Jannatullah. Selalunya bila berjaya sampai ke garisan penamat, mesti seseorang pelari tu gembira atau lega kan sebab dah menang? Gold medal, silver medal, bronze medal, apa-apa je lah. Macam tu lah kita. Kiranya syurga tu adalah gold medal bagi kita. Analoginya macam tu lah. Ehee.

Hidup bukan untuk suka-suka Bukan setakat enjoy semata-mata. Life has its own mission. We have our  own responsibilities. It's how life is. 

p/s: layan Damba Kasih.sentap.tercekik! 

Sadaqallahulazim.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...