14 January 2013

Orang Muda

Bismillah.

Menaip sambil terbatuk-batuk. Hidung ni dah macam air terjun. Kepala pulak rasa macam bergantungan ketulan-ketulan batu. MasyaAllah. Sakit itu kifarah dosa, tak gitu? Hari ini, hari pertama terpaksa tak menghadirkan diri ke kelas. Maksud aku bagi tahun 2013. Nak ke klinik, dompet dah makin menipis. Nak minta orang hantarkan. Siapalah yang sudi kan. Ehem. Tapi tangan ni masih nak menaip. Lagipun, ada lagi kerja yang nak diselesaikan.

Siapa kata orang tua je yang sakit-sakit? Orang muda pun tengah sakit sekarang ni. Sakit luaran, sakit dalaman. Macam-macam jenis penyakit ada. Tinggal kita sendiri je yang nak bagi 'cure'. Ada sesetengah orang berpendapat, masa muda adalah masa untuk 'menakluk dunia'. Masa muda biarlah dipenuhi dengan segala macam hiburan. Bak kata Nora Danish, "Kita enjoy!". Tapi kita kena ingat, ajal bila-bila boleh sampai. Regardless who you are, your age, position and etc. 

credit click here

Sejujurnya, aku tak setuju bila orang cakap, "Argh, aku muda lagi. Dah tua nanti, aku perbanyakkan lah ibadah aku. Dah tua nanti, aku solat lah. Dah tua nanti, aku buat lah semua amal kebajikan tu." Kalau lah kan suatu hari nanti, bila kau dah tua kerepot, tak larat nak bangun, nak gerak pun susah, agak-agak, kau larat tak nak buat semua tu? Sakit, demam, pening sikit pun dah tak larat nak bangun. I strongly disagree with these statements made by people who did not think before they started to utter the words. 

Masa muda bukan untuk bersuka-ria. Masa muda bukan untuk berhibur semata-mata. Tapi, gunakan masa muda sebaik-baiknya. Kenapa tak masa muda ni kita cuba dekatkan diri kepada Allah SWT? Kenapa tak masa muda ni kita berjuang membawa agama? Mungkin kita tak berpeluang mengangkat senjata, sebagaimana para sahabat Rasulullah dan para pejuang Islam yang lain suatu ketika dulu. Tapi, melawan nafsu itu adalah salah satu dari jihad, betul tak? Ada banyak platform untuk kita berbuat amal, buat benda-benda baik. Ada banyak sangat medium untuk kita. Tinggal kita nak atau tak nak je. 

Kadang-kadang, sedih juga bila dengar orang-orang muda sekarang ni yang lebih pentingkan hiburan daripada perkara-perkara yang lain. Kenapa aku sedih? Sebab aku pun orang muda. Macam kau juga. Walaupun hakikatnya dalam tempoh beberapa hari lagu, usia 20 bakal berubah kepada angka 21. Ehem.

Refleksi diri. Apa sumbangan kita?

Wallahualam.

Sadaqallahulazim.

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...