01 January 2013

hai 2013

Bismillah.

Hari pertama di bandaraya Kuching untuk tahun 2013 disambut dengan cuaca yang agak mendung. Syukur sebab selamat sampai. Esok insyaAllah bakal bermulanya semester 3 dalam perjalanan sebagai seorang bakal guru. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru dah? MasyaAllah. Tak terasa. Diri pun makin tua. Jauh aku tinggalkan keluarga sebab niat nak belajar. Pagi tadi sebelum bertolak ke lapangan terbang, sempat juga jenguk si kecik di rumah makcik. Seorang syiok tidur. Seorang lagi terkebil-kebil dalam buaian. Alahai. Lepas ni confirm rindu punya. Rasa nak mengalir air mata tengok muka yang comel-comel tu. Itu baru anak buah kalau anak sendiri? Haaaa. Entah apa jadi. Hahaha. Okay,that is just a joke. Forgive me. Adik perempuan dah balik ke asrama. Adik lelaki aku pula lepas ni insyaAllah nak cari pengalaman bekerja sebelum keputusan STPM diumumkan.

Semester ni kena bertungkus-lumus sebab perlu naikkan CGPA kepada yang lebih baik. Semester lepas aku betul-betul kecewa sebab hanya kerana satu subjek, CGPA aku jatuh pupppppp tersasar dari CGPA yang aku dapat semester lepas. Entahlah. Kekangan masa, tergesa-gesa ada juga. Last-minute study tu memang betul-betul kena dekat batang hidung sendiri. Tapi itu semua memang salah aku pun. Ada misi yang aku perlu laksanakan kali ni. Ehem.

credit : click here

Kalau orang tanya apa azam aku untuk 2013 ni?

Erm. Dalam kepala aku ada banyak benda yang aku fikir. Sebagai seorang manusia, kita memang banyak impian. Tapi untuk semester ni, aku kena strive for excellence. Well well. Itu hakikat yang kita kena terima sebagai seorang pelajar. Kena fokus. Kalau boleh, aku nak kurangkan aktiviti sampingan. Semester lepas, sibuk dengan aktiviti lain sampai pelajaran agak terabai. Lesson learnt. Yes. 

For few other missions, let me keep them within myself. There's no need for me to type everything here, right? Ehe. Semoga diri yang penuh kekhilafan ini berubah kepada seorang hamba yang lebih baik. Itulah sebaik-baiknya. 18 hari lagi insyaAllah angka 20 bakal berubah kepada 21. Masa berlalu begitu pantas macam kereta volkswagen. kan?

Sadaqallahulazim.

8 comments:

  1. selamat tahnu baru cikgu E. moga apa yang diimpikan menjadi nyata berbekalkan doa dan usaha. semoga berjaya. doakan viva saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.semoga Allah permudahkan urusan di tahun baru.amin :)

      Delete
    2. cikgu E. pe kaba? makin bz kan? hehe btw tq doakan saya. alhamdulillah :)

      Delete
    3. aah..belum masuk musim assignment dh busy memanjang..sihat,alhamdulillah :)

      Delete
  2. allah yubarik ! cg E ^^"

    semoga allah berkahi ! syukran ziarah blog saya..=)

    p/s : cikgu TESL.. teacher to be ? hehe mantap !


    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.dah lama juga x blogwalking ni.hehe.insyaAllah in 3 years time.thank you :)

      Delete
  3. hye kwn sekarier...pandey kitak klaka sarawak? hehee..kamik sik pandey...

    target dpt pointer 1st class la alang2..aku dulu x berjaya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..hehe..pandei..kmk ank jati swak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...