10 December 2012

menunggu lelaki soleh?

Bismillah.

Rasa macam dah lama aku tak menulis. Rasa macam dah lama aku tak menaip. Nak kata aku jadi wakil majlis masa kenduri kahwin sepupu hari tu tak juga. Tapi penat tu tetap ada. Safely arrived from Mukah after few hours of long journey. Abang sepupu aku bertunang jadi kena lah bermusafir ke tempat orang dalam usaha menyatukan dua hati kan? Cewah! Naik kereta tapi rasa macam naik kuda, macam mana tu? Ehe. InsyaAllah akan dikongsikan dalam entry akan datang.

Eh,tiba-tiba pulak kan malam ni nak cerita pasal menunggu ni. Tiba-tiba aku ada rasa nak berkongsi. Sebelum ni, selalu juga baca kata-kata dari Ustaz Azhar Idrus melalui kawan-kawan yang suka share di Facebook tu. Kadang-kadang, baca di blog-blog, posts orang. Banyak lah! There are a lot. Aku tak nafikan yang apa yang disampaikan oleh UAI banyak membantu menyedarkan orang lain. Alhamdulillah. He's a great da'ie, insyaAllah. Dan ada satu kenyataan dari beliau yang kira-kira berbunyi ialah kalau seorang perempuan tu rasa susah nak berubah, cara yang terbaik ialah dengan mendekati lelaki soleh. Bagi aku, apa yang disebut oleh UAI ni adalah satu nasihat yang cukup bermakna. Tapi sayangnya, ada yang tersalah tafsir. Ada yang menganggap seolah-olah benda ni macam ni,

"Tak apa lah kalau sekarang ni saya teruk dan tutup aurat. Nanti, kalau nak kahwin, saya cari lah lelaki soleh atau ustaz yang boleh membimbing saya."

Pada pendapat aku, ada sesuatu yang tak kena di situ. Kenapa? Sebab, kalau nak tunggu orang untuk berubah, tapi diri kita sendiri tak ada inisiatif untuk perubahan yang kita nak, nothing will happen. Betul, bila Allah nak tegur kita, manusia dijadikan sebagai perantaraan. Orang yang didatangkan oleh Allah adalah sebagai asbab untuk kita berubah. Tapi, kalau setakat orang lain yang nakkan perubahan dalam diri kita and at the same time, we do not have the intention to be better, tak ada apa-apa yang akan berubah. Kita akan masih berada di takuk lama. 

credit : click here

Nak berubah kepada yang lebih baik bukanlah dengan menunggu orang lain setiap masa dan tiap ketika. Why do I say so? It's like this. Changes is like a journey, a walk or a move perhaps? Satu perjalanan, satu langkah dan mungkin satu gerakan ke suatu destinasi baru. Sebelum perjalanan, langkah atau gerakan tu, kita perlu lakukan sesuatu. Kadang-kadang, keadaan sekeliling mendesak kita untuk berseorangan, tak ada yang menemani. Kalau lah perjalanan tu satu perkara yang sangat penting tapi pada masa yang sama, tak ada siapa yang sudi bersama-sama dengan kita, apa kita nak buat? We have no choice. We have to move, we have to go. We have to start the journey on our own. Nak berubah, kita sendiri yang kena mulakan langkah. Kalau tiap hari, tiap jam, tiap minit, tiap saat, tiap ketika menunggu dan terus menunggu tapi tak buat apa-apa, segalanya jadi sia-sia. Satu nasihat yang cukup bermakna bagi aku, satu formula yang cukup mudah tapi tak semua kita buat.

doa + usaha + tawakkal + bersangka baik

Segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Bila menyentuh soal jodoh, segalanya terletak di tangan Allah. Tak ada seorang pun di muka bumi ni tahu siapa jodoh mereka. Nak yang baik, kena juga persiapkan diri jadi baik. Kalau setakat satu pihak yang bertindak, satu pihak lagi goyang kaki tak buat apa-apa, hasil tetap kosong. 

Menunggu dan terus menunggu? Jangan! Buat sesuatu. 

Allahualam.

Sadaqallahulazim.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...