15 December 2012

Aku CEMBURU!

Bismillah.

Berdiri di hadapan cermin. Melihat diri sendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku pandang sekeliling. This is reality. People. Things that I see made me think a lot. Sometimes, I keep comparing myself to others. Physically, mentally. Itu aku. Aku sering bandingkan diri aku dengan orang lain. Tak kisah lah dari segi apa. Fizikal, akhlak, dan sebagainya. 

Cemburu. Satu sifat yang ada pada diri seorang manusia. Aku tak terkecuali dari sifat cemburu. Iri hati, buruk bunyinya kan? Lebih elok kalau aku gunakan istilah cemburu. Nampak lebih manis. Iri hati diikuti dengan rasa dengki tapi aku cemburu. Kadang-kadang, aku tak mampu nak terangkan rasa cemburu tu macam mana. It's hard. It's not easy to explain but I can feel it inside me. Orang mungkin akan tanya. Cemburu sebab apa? 

1. Aku cemburu tengok orang yang berlumba-lumba kepada kebaikan. 
Kadang-kadang, terfikir juga. Betapa kuatnya mereka dalam berbuat kebaikan. Tapi aku? I'm just too weak for that. Sedapkan hati by saying to myself, "you did the same thing too but it's just you didn't realise it". fuh. lega. sikit mungkin? Aku mungkin tak sedar tapi orang lain mungkin sedar, dan yang penting, Allah nampak segala yang aku buat. Kadang-kadang, terfikir juga. Macam mana mereka boleh istiqamah dalam apa yang mereka buat? How they do it? I really don't know.

2. Aku cemburu tengok orang yang berpewatakan baik.
Kita selalu dengar "do not judge a book by its cover" tapi hakikatnya, luaran dijadikan sebagai perkara pertama dalam menilai seseorang. Berpewatakan baik, manis dan nampak sempurna di mata baik dari segi percakapan atau pakaian, ya aku cemburu! 


credit : click here

3. Aku cemburu tengok mereka yang mencintai sesama manusia kerana Allah.
Kadang-kadang,aku takut juga. Sayang aku pada mereka kerana Allah ke? Sayang aku pada dia kerana Allah ke? Mulut mungkin kata ya, tapi dari sudut hati yang paling dalam, aku sendiri yang tahu apa sebenarnya. Ukhuwah yang terbina kerana Allah ke? Jalinan kasih antara dua hati betul ke kerana Allah? Aku takut sangat-sangat kalau aku dahulukan nafsu. Aku takut sangat-sangat kalau aku terlalu ikutkan hati dalam meletakkan rasa sayang sesama makhluk tapi aku lupa pada Si Pemilik Hati yang sebenar. Segumpal darah yang hanya dijadikan sebagai bahan pinjaman dalam suatu tempoh yang singkat. Hati itu milik dia. Kita hanya meminjam. We do pay for all the organs. How? By doing good deeds. By avoiding all the DONTs. It's how we pay for it. If you failed to do so, you're going to carry all the debts with you. If you succeed, He had promised you with His rewards.

Aku cemburu. Ya. Aku selalu cemburu. Tapi satu harapan aku. Semoga Allah berikan ganjaran yang setimpal atas rasa cemburu yang menebal. 

Sadaqallahulazim.

6 comments:

  1. In shaa Allah..
    Allah akan gantikan sesuatu yg indah dr perasaan cemburu yg menebal tu..
    btw, lama xdtg blog ni.. huhu :)

    ReplyDelete
  2. amin..hehe..sy pun dh lama x bw ke blog cikgu fik

    ReplyDelete
  3. semua org ada perasan cemburu jugakkk.. uhHUuu

    ReplyDelete
  4. cemburu itu baik cikgu E. cuma jagn bertukar menjadi hasad. jom, lumba ke rah kebaikan. btw haritu ada komen n suggest buku ek? noted. hehe. tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...