05 November 2012

perjalan mencari 'diri'

Bismillah.

Alhamdulillah. Semalam, tanggal 4 November 2012, aku dah berhasil menghabiskan paper terakhir iaitu English Phonetics and Phonology. This semester, I am a bit slow. Yah. Sort of. Kali ni betul-betul study last-minute. Aku teringat malam tu. Malam sebelum ELT Methodology. Aku habiskan satu modul dalam satu malam. MasyaAllah. Hanya Allah yang tahu apa aku rasa. Tapi, malam tu aku pelik sebab apa yang aku baca, melekat pulak. It's like reading a novel. Allahurabbi. Dia punya kuasa. Mungkin dia nak bagi peluang. Syukur alhamdulillah, selesai semuanya. Tapi, buat kamu atau adik-adik yang membaca, tolong jangan diikuti perangai saya yang satu ni. Yang baik kita jadikan teladan yang kurang baik kita jadikan sebagai sempadan, tak gitu?

Tajuk tipikal? Perhaps. It's a common thing to be heard. Something that we used to know, we used to read, we used to see, and we are used to it. Do we? Really? Betul ke kita dah biasa? Wallahualam. Macam lagu Maher Zain dan Irfan Makki, "trials will come".Tapi, tepuk dada, tanya iman, tanya diri, tanya hati. Bersediakah kita? 

Mari. Aku nak story. 

When I was 18 years old, Allah had tested me with something. Cinta remaja lah kunun! Aku jatuh cinta di usia 18 tahun! Masa tu rasa macam dunia sekeliling ni hanya aku dan dia. Indahnya. Bunyi macam kelakar kan? Tapi, itu lah hakikatnya. Cinta tu fitrah. Sebagai makhluk biasa, aku tak terkecuali. Aku jatuh cinta. Betul. Tapi, aku tak pernah bercinta dengan dia. Langsung tak pernah. Sekadar suka sama suka..Masa tu, angan-angan itu ini. Dia lah segalanya. Kononnya. Perbezaan umur membuatkan aku buta. Aku dipuji baik. Aku dipuji cantik. Aku dipuji itu. Aku dipuji ini. Bahagianya. Tapi betullah, itu semua hanya sementara. Bahagia tak kekal lama. Allah tak turunkan bala tapi Allah nak uji kami yang bergelar hambaNya. Dia yang ku anggap abang dan orang yang aku sayang, datang membawa berita yang dia bakal bertunang. Allah! Rasa macam jatuh dalam lubang. Tak padan dengan umur yang baru mencecah 18. Dia yang dah berumur 20an memang dah cukup bersedia dengan alam rumahtangga. Aku? Masih tekun membelek nota, pergi kuliah tiap masa. Senang cakap, budak hingusan. Aku menangis aku menyesali nasib diri. Orang cakap, frust menonggeng.

Masa tu, aku tertanya-tanya, "Kenapa aku ya Allah, kenapa aku, kenapa aku?"

Aku tak dapat jawapan. Betul. Aku tak dapat jawapan langsung. Aku marah. Aku post itu ini di Facebook. Aku post macam-macam benda di blog. Blog mana? Yup. Di blog ni. Dari Hadiqatul Mukhlis kepada Unexpected Zone. Biarlah aku panggil laman ni sebagai Unexpected Zone sebab tak semua orang tahu kewujudan laman peribadi aku ni. Di awal-awal kejadian tu, aku jadi macam orang tak betul. Aku solat seperti biasa tapi aku tak tenang. Aku hilang sesuatu dalam diri aku. Entah. Masa tu, aku betul-betul tak tahu.

Sumber: Google

As time passes, there are a lot of lessons that I learnt. Orang kata, pengalaman mengajar kita. Bergaul dengan orang di sekeliling membuka mata aku seluasnya. Allah buka hati aku untuk cari 'diri' yang hilang. Betullah. Aku tenggelam dalam cinta manusia. Terlalu asyik dengan cinta manusia. Kenapa hati? Sebab hati itu ada dalam diri kita. hati adalah sebahagian dari kita. Aku tertipu dengan diri sendiri. Aku tertipu kerana cinta. Kononnya. Orang kata, kalau kita kalau betul-betul cinta, minta dari pemilik sebenar hati itu. Siapa? Hanya Allah SWT. Allah uji dengan cinta manusia. Allah uji dengan datangkan rasa tu dalam diri. Sekarang, aku dah ada jawapan kenapa. Mungkin dulu aku pernah hilang arah. Cuba mencari 'diri' yang hilang dalam diri. A self within a self.

To love is essential. To be loved is happiness. To find love is a responsibility. To have HIS love is a priority.

Selalu dengar kan. Put Allah first. Put Allah first. Oh yes. That's what we should do. Satu yang terjadi bila kita diuji adalah sebahagian besar dari kita gunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menyindir, meluah rasa, berkata nista, mengutuk, memarahi, menyesali nasib diri. Aku pernah buat? Ya! Aku pernah buat. Macam apa yang kau pernah buat. Bila fikir balik, what's the purpose of using all of the social networking? You gain NOTHING! I try my best not to do that any more. Instead of saying unnecessary things on your wall, it will be much better if you post something that benefits your readers. Kadang-kadang, aku terfikir juga. Our world, our life will be much better without all these social networking. We will have  peaceful lives. Why do I say so? It's because there will be no arguments or sarcasms to be read or interpreted. Teringat zaman sekolah rendah. Masa tu, kemudahan Internet tak sesenang sekarang. Mungkin juga masa tu kita tak tahu langsung akan kewujudan Internet. Isu negatif tak timbul pun. Rindu tak?

Perjalanan mencari 'cinta' bukan lah sesuatu yang mudah. Perjalanan mencari 'diri' juga bukan sesuatu yang mudah. It's like you are standing on a road. Straight. Seems that there's nothing that will stop you to turn. As you walk, there will be so many challenges. To reach your 'destination', you have to overcome the fears, the obstacles. Dalam perjalanan tu, kita bakal diuji. Diri kena kuat, hati kena kuat. Pahit memang pahit tapi telan lah selagi mampu. Ubat itu pahit tapi baik untuk kesihatan. Betul? Gula itu manis tapi kalau berlebihan hancurlah badan. Setuju? Bila nakkan sesuatu yang baik, memang pahit. Tapi, bila nakkan sesuatu yang sebaliknya, cukup senang, manis macam gula. 

Betullah. Hati kena jaga. Jaga sebaiknya. Kerana hati, aku hilang diri, tapi aku sedar yang aku masih ada kasih dari Ilahi. Alhamdulillah.

I'll write more.Next time.InsyaAllah.

Sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...