16 November 2012

Kerana tanah itu suci

Bismillah.

Tick tock tick tock. It's 1 am in the morning and I'm still typing. Alhamdulillah. Laptop banyak berehat cuti ni dan aku yang banyak bekerja. Kadang-kadang, rasa macam diri ni dah layak jadi surirumah pulak. Cuma tak cukup syarat je. Ok, that's just a joke. Banyak agenda lain yang aku kena buat. Sabtu ni insyaAllah ada majlis sikit di rumah. Ibu saudara aku, alhamdulillah dah selamat kembali dari Tanah Suci hari Rabu yang lepas. Ahlan Wasahlan ya hajjah! Terlaksana sudah salah satu daripada rukun Islam. Aku? Wallahualam. Aku sendiri pun tak tahu bila. Sampai ke hajat aku nak ke sana? Allah terima tak kalau kaki aku yang hina ni melangkah di Tanah Suci? Wallahualam. Kita semua tak tahu.

Sekembalinya ibu saudara aku dari Mekah, aku seolah-olah dapat rasakan suatu kelainan. I don't know how to explain but it's just what I feel. Lumrah aku. Suka bertanya itu ini. Suka sangat bila seseorang berkongsi pengalaman. Aku nak tahu. Rasa nak tahu tu membuak-buak. Almaklumlah, aku mana pernah ke sana. Setakat tengok di tv, tak pun dalam drama Adam dan Hawa ke? Ehem. Yup. I really want to know. Macam baldi dan gayung. Kalau nak gayung tu penuh, kena lah cedok air dari baldi. Kalau nak tahu, kena lah tanya, tak gitu? Hehe. Apa-apa aje lah.

Banyak kisah yang diceritakan. Banyak pengalaman yang dia kongsikan. Benda tu semua membuatkan aku berfikir. 

Layak ke aku?

Allah terima tak amalan aku selama ni?

Macam mana kalau aku berada di tempat mereka?

Ikhlas ke niat aku?

Jawapannya?Entah lah. Aku sendiri pun tak tahu! I may be asking myself but I don't have the answers. Rhetorical questions.

Lumrah manusia kan. Kita tak lari dari buat sesuatu yang salah.Yup. S.A.L.A.H. Kita tak lari daripada buat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan sesuatu yang dianggap baik. Make it simpler. Kita tak lari dari melakukan kesilapan. Lebih teruk bila kita tak sedar yang kita buat salah. Lagi teruk bila kita jadikan kesalahan itu sebagai suatu kebiasaan dalam diri kita sampai kita tak nampak yang benda tu terang-terangan salah. Something is not right. Hem. Kita golongan yang mana satu ye? Tepuk dada tanya selera? Eh, tak payah. Ketuk kepala, biar otak yang berfikir. Orang lain tak tahu. Kita saja yang betul-betul kenal diri kita siapa. Jangan lupa! DIA lagi kenal siapa kita. 


Source: HERE

Dosa, silap dan segala kekhilafan yang kita lakukan adalah tanggungjawab diri kita sendiri. The burden is on you. Orang selalu kata, benda dah jadi. Nak buat macam mana? Kadang-kadang, kita tak sedar. Bila kita cakap macam tu, kita seolah-olah tak berusaha nak perbaiki apa yang kita dah buat. There's always a solution. If you think that there's no solution,you're part of the problem. Ehem. So trueeee. Dalam Islam sendiri, dah tersedia satu solusi bagi segala kekhilafan yang kita dah buat. Tapi, tak ramai yang 'tersuntik' dengan kesedaran ke arah itu. Apa 'itu' tu? Pernah dengar perkataan taubat? Aku rasa, ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan taubat. Kita tahu tapi kita tak faham. Kita? Ya. Kita. Sebab, aku pun tak terkecuali. Bukan setakat pandai menuding jari. 

Teringat statement Mak Ngah,

"Kalau nak jejakkan kaki ke sana, banyak persediaan yang kita kena buat untuk diri kita sendiri. Niat kena betul. Kita datang sana niat kerana DIA bukan sebab benda lain. Sebelum sampai, banyak-banyakkan bertaubat. Allah tak tunggu kita. Apa yang salah, DIA bayar cash. Kita takkan tahu apa yang jadi. Wallahualam."

Sentap!

Siapalah kita ni kan? Astaghfirullah.

Sucikan niat untuk Maha Suci Allah. Betullah. Kerana tanah itu suci.

p/s: di usia awal 20an ni, aku terfikir. ada tak peluang untuk aku ke sana? one fine day, who knows? tipu lah kalau tak nak. siapa-siapa pun nak. nak bukan sekadar di mulut. bukan sekadar jemari yang menaip. tapi biarlah tangan yang menggerakkan niat. doakan untuk aku. aku doakan untuk kau. InsyaAllah. 

Senyum! Salam Maal Hijrah buat Muslimin Muslimat.

Sadaqallahulazim.



6 comments:

  1. jom buat umrah, murah sikit :)

    ReplyDelete
  2. suatu hari nanti cikgu E dpt ke sana. amin

    ReplyDelete
  3. Salam Awal Muharram...Inchallah dosa tu semua ada...cuma kita perlu berusaha bertaubat...semoga CIKGU E dpt pergi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih..siap caps lock bhg nama sy ye..hehe..insyaAllah..amin..slmt kembali berblogging :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...