21 November 2012

Isu Palestine dari mataku

Bismillah.

Cuti dah masuk seminggu lebih. Alhamdulillah. It's clear that what I'm going to write is about the issue that we all know. Isu yang tak pernah selesai dari dulu. Kalau tak silap aku, sejak zaman sekolah, aku sering didedahkan dengan isu Palestine. Bukan nak bercerita mengenai sejarah atau politik sebab aku sendiri pun bukan arif sangat. Tapi, aku terfikir mengenai sesuatu.

Orang ramai banyak salah anggap mengenai apa yang menimpa saudara-saudara kita di Palestine. Bila sebut je pasal Palestine, Israel, Zionis dan sebagainya yang berkaitan, orang banyak menganggap bahawa isu ni adalah berkait rapat dengan orang yang beragama Islam sahaja. To me, it's not just a religious issue but it's more on humanity. Aku setuju dengan statement saudara Aiman Azlan di fan page beliau.

And he said,

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

Indeed! 

Aku nak kongsikan pengalaman sikit. Pengalaman melibatkan diri dalam satu jualan amal yang diadakan oleh satu badan yang tak asing lagi, Aman Palestin. Masa tu, aku dan ahli lajnah yang lain ditugaskan untuk menjual barang-barang yang ada seperti buku, keychain, badge, tabung, buku nota dan sebagainya. It's a responsibility for me to do so. Tolong lah apa yang patut. It's a bit tough when you just promote it on Facebook. Certain people may be asking about the stuffs. On the other hand, certain people paid no attention to what you're promoting. What we did was we went to the cafe and brought everything there. Kami jual barang tu semua di kafe. Alhamdulillah. Sambutan yang menggalakkan dari warga kampus. Cuma, aku perasan sesuatu. Rata-rata yang membeli adalah pelajar Muslim. Alhamdulillah, ada pelajar bukan Islam yang berkunjung ke gerai kami cuma boleh kira berapa kerat. I was wondering. Kenapa eh?

Pada pendapat aku, isu Palestine ni bukan setakat isu yang melibatkan agama tapi isu kemanusiaan. tak ada ruginya pun kalau kita bersama-sama menolong apa yang termampu. Tak kisah apa pun agama kita, pegangan kita, warna kulit dan sebagainya, tapi kita tetap manusia. Tak ada beza pun. Kita mungkin tak mampu nak berjuang bersama rakyat-rakyat Palestine di sana. Betul. Tapi, sekurang-kurangnya, kita ada sumbangan kita sendiri untuk mereka. It's not just sympathy but it will be much better if we have the empathy towards what we're watching and listening to. Dulu, kita sering melihat dan membaca mengenai isu yang berlaku di Bosnia. Rakyat Bosnia yang menderita. Alhamdulillah, sekarang ni, situasi dah berubah. Aku mengharapkan benda yang sama kepada Palestin. We may not have the chance to go to Palestine but at least, we're contributing something here. I'd like to quote what our former prime minister said.

'We can at least donate something to help the people of Gaza.InsyaAllah" - Tun Dr.Mahathir Mohamad

Sumber: SINI

Sebelum ni, kempen boikot barangan dan premis perniagaan yang dikeluarkan oleh Israel mendapat sambutan hebat dari rakyat di negara kita. Di laman-laman sosial, kempen ni mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Aku sendiri pun tak tahu yang barangan yang aku pernah beli dan pakai adalah barangan keluaran mereka. Terkejut bukan kepalang. Hari ni, orang ramai berduyun-duyun ke restoran makanan segera yang tak asing lagi, McDonald sebab nak dapatkan burger free. Anak-anak muda sibuk post gambar di Instagram minuman yang dibeli di Starbucks. Bila ke kedai atau mana-mana pasar raya, tangan laju je capai Coca-Cola. Jujur aku katakan di sini, kadang-kadang susah nak elakkan diri. Aku bukan penggemar Coca-Cola sebab aku lebih suka minum air soya tak pun air kosong je. Seumur hidup aku, rasanya baru sekali aku merasa minuman yang dijual di Starbucks. Itu pun sekadar satu sedutan setakat nak merasa dan bukannya aku sendiri yang beli. Harga?MasyaAllah. Tak payah cakap. Super duper mahal. McDonald? Tipu lah kalau aku tak pernah ke sana. McDelievery pernah je. Betul. Susah nak elak. Kadang-kadang nak cepat. Kadang-kadang, tak ada pilihan bila dah lapar. Kadang-kadang, keinginan nak merasa tu datang sendiri. Kadang-kadang, tak sampai hati nak tolak ajakan kawan where I ended up with saying something like "saya mana-mana ja". It's quite tough for me. Cuma, aku cuba elakkan apa yang aku patut elak. Boleh kira berapa kali aku berkunjung ke McD. Mungkin sukar  tapi tak mustahil kan? It's just to show that we're not supporting those who do not understand what it means by 'humanity'. I think they should read up on 'humanity'. They know the word but they do not understand the meaning.

Sekarang ni, mungkin dah jadi satu kebiasaan bila log in je Facebook, Twitter, blog dan sebagainya, ada saja terbaca pasal isu Palestine. Tengok berita, the same thing. Hati menangis. Mata berkaca. Jujur, aku sebak sangat-sangat. I feel like crying and sometimes, aku tak perasan pun yang mata aku dah leleh. Post atau tweet pasal Palestine, save itu, save ini, mungkin nampak macam satu trend yang hanya dilaksanakan pada masa-masa tertentu. Bila orang lain duk sibuk pasal suatu isu tu. kita pun huha sana huha sini pasal isu yang sama. Apa orang lain buat, kita pun ikut sama. Tanya diri kita. Kita buat semua tu sekadar ikut-ikutan atau kerana kepercayaan? Aku rasa, kita kena perbetulkan niat. It has to be consistent and it's not just once in a blue moon. Pesanan buat diri sendiri bukan sekadar pandai menuding jari. 

Terfikir. Apa akan jadi kalau kita di tempat mereka?Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. Semoga para syuhada yang gugur sentiasa mendapat tempat di sisi Allah. Semoga Allah sentiasa bersama kita, tetapkan hati kita ke arah kebaikan. Dan semoga Allah kuatkan kita semua untuk membantu saudara-saudara kita di sana.InsyaAllah.

Pray for Palestine.

Sadaqallahulazim.


2 comments:

  1. betol tu saya setuju!! org yg bkn beragama islam jgk harus mengambil cakna....nice entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg berpendapat isu palestin tu isu muslim semata2.it's wrong

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...