14 October 2012

"Dia Untukku-Reformasi Cinta" - Perkongsian dari sebuah program ilmu

Bismillah.


Setelah sekian lama tak meng'update', baru hari ini ada suntikan semangat nak update. Ni pun di atas permintaan seorang sahabat. Maaf Hanim. Ema baru ada kesempatan nak berkongsi. Musim exam tak lama lagi. Nasib baik minggu ni kelas 2 kali je. And this week, I will be busy with my musical night practise. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin!

Pada tarikh 22 September 2012 bersamaan 6 Zulkaedah 1433H, Allah beri kesempatan kepada aku untuk menghadiri satu forum ilmiah yang diadakan di Fakulti Medik, UNIMAS. Forum ini dihadiri oleh merpati dua sejoli yang tak asing lagi, iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan suami beliau, Dr.Farhan. Kesempatan yang ada tu aku tak sia-siakan sebab bukan senang nak datang, free of charge pulak tu. Seriously, I was so excited to go. Sepanjang forum berlangsung, tak ada rasa sedikit pun rasa bosan, mengantuk ke apa. And my notebook was full of words. Hehe. Okay, let's start!

Definisi tajuk dari Ustazah Fatimah Syarha

"Ilmu tentang cinta kita tak belajar di IPT, universiti tapi kita belajar di universiti kehidupan" 

Setuju? Tak ada satu pun syllabus sekolah hatta IPT menyentuh pasal cinta. Pernah dengar tak subjek Cinta? Rasanya kita tak belajar semua tu di sekolah atau mana-mana institusi pendidikan. Kasih yang agung adalah cinta hakiki dari Allah SWT. Sebab apa? Hanya DIA yang benar-benar faham kita siapa. Beribu batu kita melangkah, tak kisah lah mana destinasi kita, Allah SWT akan tahu juga apa yang ada dalam hati kita. DIA adalah Kekasih yang sentiasa memahami kita siapa, malah Teman yang sentiasa mendampingi kita. Aku pernah ditegur sebab 'asyik' sangat dengan cinta manusia. Aku tahu itu khilaf aku. Cukup terkesan di hati masa tu. Tapi aku berterima kasih kepada insan tersebut sebab dari situ aku sedar yang aku tak patut buat macam tu.

Bila kita letakkan cinta yang pasti, apa impaknya? Sesungguhnya, cinta yang pasti itu adalah cinta kepada DIA. Tak lain tak bukan, Allah SWT. Dalam Islam, tak ada istilah couple islamik ke apa cuma aku rasa kita dah cukup selalu dengar istilah seperti 'dating', 'surat cinta' dan sebagainya. Bila kita letakkan cinta kita pada DIA, secara automatik kita akan dapat 'surat cinta' dari DIA iaitu Quranul Karim, kalamullah. Secara automatik juga kita akan 'berdating' dengan Allah melalui solat kita. Sweet tak? Sweet sangat tapi tak semua orang merasa kemanisan tu. Wallahualam. Moga kita tergolong dalam golongan yang mampu merasa kemanisan tu. Bila kita letakkan cinta yang pasti dalam diri kita, kita akan sedar bahawa solat bukanlah sebagai beban tapi sebagai suatu keperluan. Teringat zaman sekolah. Ustaz selalu cakap bukan badan kita saja yang perlukan makanan tapi jiwa kita pun perlukan makanan. Makanan rohani sangat penting dalam membina jiwa. Apa makanan rohani tu? Zikrullah, amal ibadah, solat dan sebagainya. Aku rasa, aku tak perlu terangkan panjang lebar pasal makanan rohani tu. Jadi, untuk dapatkan kemanisan cinta DIA, kita kena lah dekatkan diri pada benda-benda yang baik. Mahmudah dan Mazmumah, pick your choice! And I'm very sure that everyone of you will choose Mahmudah. InsyaAllah. Nak uruskan cinta bagaimana? Secara bermujahadah.

There's a quote that I really like from her.

"Awas! Jangan mengorat. Guna cara terhormat. Saya ada wali. Saya mawar berduri."

Betulkan kalau ada salah ye sebab yang aku ingat, lebih kurang macam tu lah. It was indeed a meaningful quote.

Cinta diletakkan di tempat yang tinggi tapi bagaimana? Dalam forum ni juga, beliau menyentuh perbezaan antara cinta high class dan cinta biasa. Cinta High Class apa maksudnya?Cinta Biasa tu apa pula?

Dalam cinta biasa, ada beberapa ciri yang dikongsikan.
1. Al-Alaqah (Hubungan)
2. Al-Isyfu (Asyik)
3. Al-Tattiyum (Hamba)
4. Al-Hawa (Nafsu)
5. Al-Jurud/Al-Jumud (yang ni aku tak pasti istilah ni betul atau tak. tolong betulkan ye kalau salah.)

Sumber: Google

Cinta High Class pulak boleh dimiliki oleh semua orang. Dan beliau ada menyentuh mengenai tiga perkara untuk mendapatkan halawatul iman. Tapi sayangnya, I miss this part. Selain tu juga, ustazah ada berkongsi mengenai 7 kaedah meminang berlandaskan Islam. Tapi, aku tak berani share yang ni sebab tak lengkap. hehe. Rasanya, kalau korang nak tahu, boleh lah bertanya kepada beliau sendiri atau orang-orang yang lebih mahir. One thing that I got from her is,

"Pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan daripada mana-mana pihak sama ada dari segi undang-undang, adat, keluarga dan sebagainya."

Yang ni sekadar berkongsi eh.Renungan buat semua juga.

Satu soalan yang ditujukan kepada Dr.Farhan adalah "manusia suka membenarkan sesuatu yang disukainya.bolehkah lelaki dan perempuan (ajnabi) berhubung melalui SMS, media dsb dengan alasan untuk berbincang mengenai hal agama?" Soalan yang sangat menarik bagi aku sebab SMS, wallpost, Whatsapp, BBM dan sebagainya pada zaman ni memerlukan kita untuk saling berhubung. Sebab, kadang-kadang kita tak sedar yang medium komunikasi ni membawa kita kepada benda yang kurang baik. Istilah 'texting' dah cukup serasi dalam diri kita. Tipulah kalau kita tak pernah buat, betul tak? Aku pun tak terkecuali.

Jawapan dari Dr.Farhan simple je.

"Haram jika berbual jika boleh mendatangkan nafsu, mendatangkan syahwat." 

Bagi aku, dalam apa-apa sekalipun, nawaitu kena betul. Kalau niat si lelaki nak berkenalan atau mencari isteri, rasanya Rasulullah SAW dah bagi garis panduan yang cukup cantik dan jelas. Precise. Apa dia? Most of us know it I think.

Wanita dinikahi kerana empat perkara iaitu keturunan, harta, kecantikan dan agama. Dalam aspek pemilihan ni, aspek agama sangat ditekankan. Malah menurut Dr.Farhan lagi, kalau nak menikahi seorang gadis yang baik, diri sendiri kena jadi baik terlebih dahulu.

"Solehkan diri terlebih dahulu"

Pada pendapat aku, bukan sekadar si lelaki yang kena solehkan diri tapi si wanita pun kena perbaiki diri. Selalu dengar kan, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu lah sebaliknya. Cukup jelas di situ. Dan sebaiknya jauhi perkara yang sia-sia sama ada dari segi masa, harta dan tenaga.

"Pilihan di tangan masing-masing, jadi pilih lah yang terbaik."

Satu konklusi yang dapat aku buat melalui forum tersebut ialah dalam bercinta, nikah dan sebagainya yang membawa kepada hubungan sesama manusia, ada satu perkara utama yang perlu kita buat iaitu meletakkan cinta pertama kita hanya pada Allah. Kalau ikutkan, there's no love at first sight towards somebody. Cinta pandang pertama tu tak wujud sebab cinta pertama kita hanya pada DIA, sejak azali.

Dalam apa-apa perkara atau pekerjaan yang kita lakukan, put Allah first.There's no other way.Once you have HIS love, you will be fine, InsyaAllah.

Extra input that I obtained from Twitter,

"Find a woman whom even she's not pretty as she was but she's worth to be a mother of your children and appreciated because of her religion."

and

"Find a man whom even he's old and no longer strong as he was, he is worth to get kissed on hand and get respected because of his religion."

Semoga perkongsian ini menjadi renungan buat kita. Bukan nak cerita pasal nikah je okay? Maaf kalau ada yang terkurang. Segalanya datang dari Allah dan disandarkan pada diri aku yang serba hina dan kerdil di sisiNYA.

p/s: minggu ni bakal buat persembahan nyanyian depan timbalan ketua menteri Sarawak.doakan aku.nervous kot.

Sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. Tahniah dik...boleh jdi penulis...kongsikan ilmu yg ada dgn adik2 KTDTHB selalu ye...:-P...akak share ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..insyaAllah akan share kalu ade kelapangan..sila2.. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...