23 September 2012

Dia boleh,aku pun boleh!

Bismillah.

Alhamdulillah, diberi kesempatan sekali lagi untuk meng'update' blog. Kali ni sekadar nak menulis pengalaman diri. 

Teringat suatu ketika dulu. Seawal usia 11 tahun, aku ditegur oleh seorang yang paling aku sayang. Siapa? Dialah mak, dialah ibu, dialah ummi, dialah mother. Masa tu ada family vacation ke Kuala Lumpur.

"Susah sangat ke nak pakai tudung?Kamu nak ke macam diorang yang *** tu? Sampai tak boleh nak beza mana satu Melayu mana satu ****?"

Dan aku hanya mampu mendiamkan diri. Telinga rasa panas juga. Balik-balik modal tu yang mak guna. Aku biarkan je.Membalas tidak,senyum tidak,apa-apa pun tidak.Tapi berkat bebelan mak,aku bertudung juga.Nak kata terpaksa tu tak juga tapi atas kerelaan hati sendiri. Tapi menutup aurat bukan setakat bertudung kan?

Di usia 13 tahun, aku mula masuk sekolah berasrama. Di situ lah segalanya bermula. Pahit manis semua ada. Teringat satu insiden. Masa tu excited nak pakai baju cantik ke surau.Nampak tak yang aku dah salah niat?

Di surau, seorang kakak menegur, "Erma, tak ketat ke baju tu?" Dengan confiden'nya' aku menjawab "Eh,tak lah..baju ni memang macam ni."..Dia sekadar mengangguk. Tiba-tiba, malam tu seorang kakak senior buat perjumpaan di bahagian Muslimah. Dia mula berkias-kias pasal baju ketat. Tak lama lepas tu, aku diminta berdiri. Malu bukan kepalang bila aku ditegur di khalayak ramai,di depan kakak-kakak senior dan kawan-kawan yang lain.

Di usia 16 tahun, seorang sahabat menegur. Masa tu, aku ingat lagi. Aku pakai baju lengan panjang tapi panjangnya tak sampai ke pergelangan tangan. Mula-mula dia berkias-kias, aku tak faham. Blur. Dalam perjumpaan, dalam satu bulatan, aku ditegur. Sekali lagi, aku rasa lagi malu sebab yang menegur tu lelaki.Yup. Lelaki. Dan malam tu, aku menangis sebab malu.

Dan pernah sekali, aku berkunjung ke sekolah adik lelaki aku. Masa tu excited nak pakai cardigan. Fesyen baru lah katakan. Orang lain ada, aku pun nak juga. T-shirt lengan pendek ditutup dengan cardigan yang agak ketat bila disarungkan ke tubuh. Masa tu excited sebab baju baru kan? Dan adik lelaki aku tegur, "Aisemen..Baju baru..Nak berfesyen lah tu..Baju tu ketat lah". Gulp! Segan! Dalam rasa malu tu, aku menjawab "Mana ada nak berfesyen. Nak tutup lengan sebab baju kat dalam ni lengan pendek." Sejujurnya aku malu.

Tapi pelik kan?Aku malu, menangis, rasa segan bila ditegur. Tapi keadaannya masih sama juga. Bila bercakap bab aurat, sejujurnya zaman sekarang ni memang susah. Arus fesyen cepat sangat berubah. Sebagai seorang perempuan, kita cepat sangat terpedaya. Nak sangat nampak cantik di mata manusia, sampai kita lupa pada DIA. Teringat satu video yang aku tonton di Youtube. Video yang menceritakan pasal aurat wanita. Depan cermin pun syaitan boleh hasut kita. Dari labuhkan tudung ke tidak melabuhkan tudung. Nauzubillah. Teringat pada seorang sahabat. Dulu, zaman PLKN, dia biasa-biasa saja. Aku pun macam dia. Semenjak dari itu, kami langsung tak bertemu. Sekadar mengirim khabar, bertukar-tukar cerita, berkongsi-kongsi ilmu di telefon, Facebook dan Twitter. Suatu hari, diizinkan oleh Allah, aku tergerak hati nak stalk profile sahabat. Tak tahu lah kenapa. Dan, alhamdulillah. Aku nampak perubahan dalam diri dia. Apa yang berubah? Fesyen yang berubah. Masa tu, aku tanya diri aku sendiri. Kalau dia boleh? Kenapa aku tak boleh?

Sumber: Google


Aku cuba sedaya mungkin. Bukan nak jadi seperti dia, tapi aku nak tarbiyah diri aku sebagaimana dia tarbiyah diri dia dalam berpakaian. Kadang-kadang, aku takut. Orang boleh terima ke bila aku macam ni? Apa orang akan fikir bila aku macam ni? Macam mana kalau aku ON OFF ON OFF? Dia boleh terima ke bila aku berpakaian macam ni? Orang tak pandang serong dekat aku ke bila aku macam ni?

Sekali lagi, aku terlalu takutkan pandangan manusia sampai aku lupa tanggungjawab aku pada DIA, ALLAH SWT.

Typical mindset of people. Tudung labuh adalah untuk ustazah. Tudung labuh adalah pelajar jurusan agama. Tudung labuh adalah pelajar sekolah agama. Bukan pekerjaan, bukan jurusan, bukan tahap pendidikan jadi ukuran dalam berpakaian. Apa yang kita perlu ingat adalah tuntutan agama yang perlu kita laksanakan. Baju longgar, tudung dilabuhkan. pakai sarung kaki, pakai sarung tangan tu ustazah saja kan? Salah. You're wrong. You're totally wrong 'cause every girl can dress that way. Bukan senang nak melawan nafsu. Nafsu nak cantik, nafsu nak tampil menarik.

Aku pernah rasa segan dengan kawan-kawan sekeliling. Dalam hati, tiba-tiba tekeluar statement "Dia lawa. Aku tak lawa pun. Dia pakai apa pun cantik. Aku ni apa je." Tapi bila aku fikir balik, cantik di mata manusia tapi tak cukup cantik di mata Allah pun tak guna. Cantik bukan sekadar wajah tapi biarlah hati, rohani, dalaman diri pun cantik. Again, I was too concern about what people would say but I forgot about HIM. Astaghfirullah.


Sumber: Google

I believe in one thing. If you are willing to do it, you will succeed. The only key is to be consistent in your action. And it's what we called as 'istiqomah'.

Berubah tu tak mudah, tak senang, and it's not easy to change. The word 'sacrifice' is made for people who are willing to make differences in their lives.

Teringat satu statement yang aku pernah baca, "berubah itu satu mujahadah".

Buat awak, awak, awak dan awak yang membaca, refleksi diri, tanyalah hati, aku berubah untuk siapa? Untuk mereka atau DIA? Semoga Allah bersama aku, semoga Allah bersama kamu. InsyaAllah.

Kalau dia boleh berubah, kenapa pula kita tak boleh? Dia boleh, aku pun boleh. InsyaAllah.

p/s: baru balik dari UNIMAS. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan kepada aku untuk bertemu dengan Ustazah Fatimah Syarha, mendengar ceramah beliau bersama suami Dr. Farhan Hadi. Memang mantap! Tak rasa bosan walau sesaat. "Dia Untukku". Siapa dia? Wallahualam.

Sadaqallahulazim.

2 comments:

  1. awesome :) untunglaaaa dpt dgr ceramah ustzh fatimah syarha & suami :') kalau ade masa lebih, share la apa yg ema dpt mase ceramah "Dia Untukku" tu eh ^^

    May Allah bless :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanim dear,insyaAllah kalau minggu ni tak busy ema share..hehe..mlm ni die ade kt iptar..kiranya weekends ni die spent masa kt kuching je lah..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...