08 September 2012

Bidadari Syurga

Bismillah.

Tanggal 7 September 2012 bersamaan 20 Syawal 1433H, dalam jam 10 lebih kalau tak silap, aku terima panggilan dari seorang teman. Mula-mula aku tak tahu kenapa rupa-rupanya dia nak maklumkan kepada aku yang ibu kepada seorang sahabat yang aku rapat telah kembali ke rahmatullah. Aku terkejut, terpana, kosong kosong kosong bila dengar berita tu. Sungguh aku tak sangka. Bukan nak menolak takdir tapi aku betul-betul terkejut. 

Dia antara sahabat yang aku rapat. Aku kenal dia sejak zaman sekolah walaupun berlainan sekolah tapi selalu juga bersua wajah. Lagipun, adik lelaki aku junior dia di SMK Agama. Semenjak melanjutkan pelajaran ke IPG ni, kami mula rapat. Sejak aku kenal dia, aku tak pernah tengok dia sedih, menangis, sensitif ke apa tapi buat pertama kalinya malam tadi aku tengok air mata dia tumpah. Ikutkan hati, nak je aku temankan dia pulang ke Bintulu tapi keadaan tak mengizinkan. Aku sedih tengok dia. Aku kenal arwah mak dia. Aku selalu jumpa. Walaupun tak ada pertalian keluarga, arwah mak dia jenis yang peramah. Bila aku maklumkan kepada mak aku pasal pemergian arwah, mak aku pun terkejut. Simpati mungkin tapi aku rasa empati itu lebih banyak menguasai diri aku bila aku tengok dia. 

Aku terfikir sesuatu. Janji Allah SWT adalah sesuatu yang pasti. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua Allah dah tentukan sejak azali lagi. Aku takkan pernah bosan ulang ayat ni sebab itu lah hakikatnya. Siapa kita nak melawan qada dan qadar? Kita bukan siapa-siapa. Aku, kau, dia, mereka sama saja. Kita semua bakal jenazah. Bakal diusung ke liang lahad. Bakal menemui Munkar dan Nakir. Bakal bertemu Allah. Bakal dihisab di akhirat.  Macam mana nasib kita di sana, wallahualam. 

Ibu. Mak. Mama. Ummi. Martabatnya sangat tinggi di sisi Allah. Dalam apa jua keadaan, ibu kita kena dahulukan. Siapa tak sayang mak? Sayang sangat-sangat. Dan aku terfikir. Kuat ke aku kalau aku di tempat dia? Bersediakah aku menerima apa yang bakal terjadi? Ya Allah. Jujur aku cakap, aku gerun, aku takut, aku seram sejuk bila fikirkan keadaan tu. 

Sumber: Google

"Bila seorang ibu pergi, maka hilanglah satu keberkatan dalam diri anak Adam iaitu doa seorang ibu"

Doa seorang ibu itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Dikatakan juga doa ibu adalah doa yang paling mustajab. Pengorbanan seorang ibu tu tak dapat kita hitung. If people ask me who my best friend is, I will not answer directly that A, B, C, D, E, F and so on are my best friends. My first answer will be my MOTHER. Yes. Why? If you have a good relationship with someone, you tend to contact that fellow everyday. Simple conversation gives you pleasure although it is just for few minutes. And it's what I did to my mom. Biarlah orang nak cop anak manja ke, anak mak ke..anak ayah ke.. Proudly present to you, ya AKU ANAK MAK..AKU ANAK AYAH..Sebab mak yang lahirkan aku, tanpa ayah aku takkan ada di dunia ni, mak dan ayah yang besarkan aku, mak dan ayah yang didik aku..Dah tu apa nak yang dimalukan bila orang cop kita anak mak anak ayah atau apa-apa lah sebab itu kenyataan, authorized by Allah SWT. Tak ada apa yang nak dimalukan. 

Buat kamu, kamu, kamu, dan kamu yang sudi membaca coretan ini, hargailah mereka selagi mereka ada di sisi kita. Masanya akan tiba cuma kita tak tahu bila. Wallahualam. Jadi, jangan jadikan hari ibu atau hari ayah sebagai hari khas untuk bagi ucapan istimewa untuk mak ayah kita. Everyday is mother's day, everyday is father's day. InsyaAllah. Buat sahabat, aku doakan agar kau terus kuat. Allah's with you. Amin.

p/s: doakan aku. InsyaAllah Jumaat ni bakal mewakili IPG dalam pertandingan nasyid bersempena bulan penghayatan Islam di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Tiga tahun aku bersara dari dunia nasyid semenjak 2009(tahun SPM di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang). Dan alhamdulillah tahun ni diberi peluang sekali lagi. Kesuntukan masa tapi aku harap segalanya dipermudahkan oleh Allah.amin.

Sadaqallahulazim.


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...