12 August 2012

Sahur dan Santau

Bismillah.

Pagi ni aku makan lebih sikit. Selalunya setakat bancuh air + biskut kering. Tak pun kurma sikit + air kosong. Tapi hari ni lain sebab sahur bersama mak ngan ayah. hehe. seronok walaupun bertiga je. adik-adik belum mula bercuti. Pagi-pagi layan siaran ulangan Al-Kuliyyah. Macam dah lama tak layan TV.

Aku pernah tengok episod pasal santau angin tu. Kadang-kadang, benda yang tak boleh dijangka oleh akal fikiran bila benda-benda tajam macam paku, kaca semua tu keluar dari badan. Bila aku tengok rancangan ni tadi, aku teringat dengan suatu kisah yang aku pernah kongsi di blog ni tahun lepas, pada 4 November 2011. Entry ni ada kaitan dengan santau. Aku bukan nak share pasal macam mana nak bagi penawar kepada perbuatan dengki manusia ni cuma aku kongsikan satu kisah pasal santau ni.

Ni entry tu. Klik je dan bacalah.

Sumber: Google

Doa aku, semoga tahun ni benda macam tu tak berulang kepada beliau yang dimaksudkan. Doa aku juga, semoga orang yang buat benda tu dilembutkan hati oleh Allah. And I really hope one day that she will change. Dan kepada dia yang terlibat, semoga dia terus tabah. Macam lagu Shila Amzah. "Aku harus tabahhhh..." hehe. Semoga Allah bersama mereka. Amin.

p/s: Shila Amzah dah bertudung ni makin lawa. Tutup aurat bukan setakat cantik di mata manusia tapi cantik di mata Allah. And baru tahu juga yang ustazah yang pernah ajar aku di sekolah rendah dulu kehilangan suami yang tersayang. Ujian dari Allah buat ustazah. Semoga dia terus kuat. Semoga dia terus tabah demi anak-anak. Amin. Dan semoga roh arwah suami ustazah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Sadaqallahulazim.

5 comments:

  1. mcm tu lah manusia tidak lari dri sikap dengki..suka je bersekutu dgn iblis untuk menghacurkn musuhnya..nauzubillah min zalik

    ReplyDelete
  2. kak sheeda: thanks..amin..
    shahril: manusia xpernah puas kot.ntahlah

    ReplyDelete
  3. Bersyukurlah anda masih ada ayah dan mak.hehe

    Salam perkenalan ^^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...trima kasih..slm pkenalan jg :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...