05 August 2012

Ramadhan suatu ketika dahulu

Bismillah.

Entry ni sepatutnya di'publish' minggu lepas tapi kekangan masa dan atas sebab yang tak mengizinkan, niat nak berkongsi di sini terbantut. Well, life. It's just how it goes. Ok, lemme start. I was once a little girl who knows a little about life. I was once a little girl who used to do anything that I want without thinking of the consequences that I might face or get. Childhood is a phase of life where your fears are under control. Why? 'Cause sometimes, you fear none. And I'm not doubting on it. But do you? Hehe. Ask yourself.

Down the memory lane,

1. Masa kecik-kecik dulu, aku suka bulan puasa. Sebab, aku boleh minum ABC banyak-banyak. Lagipun bila masuk waktu berbuka, ada banyak pilihan atas meja makan. Fuhh. Best. Lagi seronok sebab masa tu arwah nenek ada lagi. Okeh, tiba-tiba sebak. Merindui dia yang bergelar nenek. Al-Fatihah.

2. Bila terawih, aku suka ikut mak atau nenek aku. Rumah arwah nenek dekat sangat dengan surau. And I still remember my first telekung when I was a little girl. Sekarang dah tak muat. Miahaha. Di kampung, selalunya imam akan buat sampai 20 rakaat. Tapi, solat terawih aku macam traffic light. Hehe. 2 rakaat solat lepas tu duduk tepi, terkebil-kebil tengok orang solat. Lepas tu sambung balik. Pastu duduk balik, sambung, duduk sampai witir. Entah lah. Hehe.

3. Hah, satu lagi. Masa tu, wujudlah istilah puasa setengah hari yang tak pernah dibuat dek orang. Haha. Pagi, steady. Puasa. Masuk je pukul 12, mula lah tanya dekat mak, boleh buka puasa tak? Mak cakap, kalau tak tahan, puasa setengah hari je. Eh, tu bukan ajaran sesat tau tapi masa tu mak nak latih aku ngan adik berpuasa. Aku ingat lagi. Penah suatu hari tu, nenek ada buat kenduri doa selamat sikit. Aku paling suka menyibuk di dapur tapi hakikatnya aku tak tolong apa-apa pun. Bajet rajin. Masa tu tadika kot. Makcik aku tengah buat apa entah dengan kacang tanah yang dah siap digoreng. And aku curi-curi ambik sebiji dua biji masuk mulut. Haha. 

4. Aku suka tolong mak buat biskut. Masa tu mak aku kerja lagi. Tapi, ada satu incident di rumah makcik aku. The oven is still hot and tu oven jenis zaman dulu-dulu. She was baking biskut sarang semut. Aku? Tanpa segan silu dan confidentnya, I touched it. Apa yang aku dapat, jari kelingking ngan jari manis belah mana ntah kembang and terpaksa disapu dengan minyak. Melecur, kulit macam menggelembung and yes, I dunno how to describe it. Tapi, lepas tu, aku masih boleh panjat katil double decker yang arwah nenek baru beli.

Sumber: Google

5. Aku paling suka menyibuk bila arwah nenek ngan makcik aku pasang langsir atau kusyen bila dekat-dekat nak raya. Pernah sekali tu, arwah nenek hampir je pasang langsir warna maroon. Oh my GOOD, warna tu punya lah buruk and gelap and yes I really hate it sampai aku menangis-nangis tak kasi nenek pasang langsir tu. Haha. Faham-faham je lah citarasa orang tua. Memang sah aku ni cerewet. Kecik-kecik lagi dah pandai memilih. Lepas tu, arwah terus tak jadi pasang sebab tengok aku menangis-nangis. Haha. Masa tu, umur aku dalam 5 atau 6 tahun. Entah. Aku pun lupa. Bila bab tukar sarung kusyen, aku dan adik lelaki aku akan buat kerja lain. Kitorang salu susun-susun kusyen jadi macam tangga letak dekat meja and tadaaa meja tu jadi rumah lah. Tak pun, kusyen tu akan jadi kuda. Hehe

6. Ni lepas terbaca entry seseorang pasal mercun, and it reminds me of something. Aku nakal tapi aku takut mercun, bunga api sampai sekarang. Bukan sebab eksiden ke apa tapi, sebab makcik aku. Makcik aku cakap, jari telunjuk dia luka sebab main bunga api. Do you know what happen to her right point finger? Jari tu melekat sampai sekarang. And due to that, aku memang tak main bunga api sampai sekarang. Tapi, masa tingkatan berapa entah, aku dapat tahu yang jari makcik bukan luka sebab bunga api tapi melekat sebab tertuang air gula then terkena jari masa nak buat kek. and I was like =.=' haha. Tapi aku tetap tak main semua tu.

7. Aku paling suka raya sebab raya masa kecik-kecik boleh sambut sampai sebulan sebab raya jatuh pada bulan 12 then cuti panjang! Tak macam sekarang. Bila ayah pasang pelita luar rumah, as I had mentioned earlier, aku lah orang yang akan 'menyibukkan diri' tolong ayah.

Nakal? Sangat nakal. Rambut tak pernah panjang masa kecik. Aku paling anti pakai dress, gown, rambut tocang, klip rambut, warna pink semua tu. I hate it. haha. Tapi sekarang, I'm your lady! oh yeah :p

And I realise, there are a lot of differences between my childhood and adulthood. I miss that time and I miss those people that I can't see anymore. May Allah bless their souls especially to arwah nenek. Al-Fatihah.

p/s: banyak nyamuk sahur pagi ni. bangun-bangun rasa macam apa je. sungguh, nyamuk tu tak bertamadun. haha.

Sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. ehem2..huk2...glupppp2...knp ada mcm org sebut psl kita erk??hehehe


    p/s : nyamuk pun bsahur tp sejak bila =='

    ReplyDelete
  2. prasan plak pakcik ni..berkkk..suka lah tu copy n paste status fb org.. :P

    ReplyDelete
  3. mna ada copy paste...dia tertaip sendiri lah..heheheh

    ReplyDelete
  4. owh yeke???sy tau knp..tgn awk da jd robot tu yg tertaip sendiri tu :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...