14 August 2012

PBS di bulan puasa itu satu cabaran

Bismillah.

Dah dua hari berada di sekolah ni. Seronok sebab PBS tiga hari je kot. Tugasan tak banyak mana. Satu hari satu tugasan dah selesai. hehehe. Alhamdulillah, setakat ni berjalan lancar cuma aku rasa kali ni cikgu-cikgu senior kat sini kurang berinteraksi. Tak macam PBS yang pertama. Dengan aku sekali yang segan. Nasib baik berempat kalau tak, memang segan habissss. Oh no. 

First day, cari maklumat sekolah pasal GERKO, jumpa pengurusan sekolah dan jalan-jalan, turun naik tangga, snap itu snap ini. Hari kedua, tadi baru je selesai satu pemerhatian untuk assignment. Fuhh. Walaupun bukan kelas budak-budak pandai tapi kira membantu lah juga. Terima kasih buat cikgu tersebut dan anak-anak murid yang terlibat. Dia segan kot sebab at the same time, ada empat guru pelatih masuk kelas. WONDERFUL! miahahaha. Memang mencabar ber'pbs' di bulan puasa ni sebab mengantuk je lebih. Pukul 8 pagi dah mengantuk! Inikan pula pukul 11 tengahari. Semalam aku tertidur di meja guru. Entah berapa lama. Aku rasa tak lebih sejam tapi tak pasti lah. Malu giler bila member gelakkan. Nasib tidur dalam keadaan tertunduk. At least, muka tak nampak la kan. Hoho.

first day paham2 je lah..perhimpunan


Lepas balik dari sekolah, boleh pulak jadi babysitter. Sekarang ni dah jatuh cinta and sayang kat baby Halim. Ni kalau Encik Fudhail tahu, nayaaa. Miahahaha. Sorry dear. I heart the baby more than you tapi buat masa sekarang je lah. Hehe. Tomorrow will be my last day here. Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan aku di sini. Amin.

p/s: tersenyum mendengar celoteh guru-guru veteran. nasib baik ada cikgu hensem sorang. bujang kot. haha (it was just a joke okay?)

Sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...