11 August 2012

I'm home :)

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah selamat sampai di Bintulu jam 1 tengahari tadi. Shud be flight dalam 9.30. Aku tahan mata lepas sahur sebab teksi sampai dalam pukul 7. Mengantuk sangat-sangat tapi tahan je. Guess what? Delayed sampai 2 jam. Perut aku dah rasa semacam bila dah lama sangat. What a day! Aku betul-betul berasap. Bulan puasa bulan kesabaran tapi tadi tu aku rasa tahap kesabaran aku dah senipis kulit bawang. senipis kulit kentang perhaps. Pengalaman kedua kot delayed. Tapi yang tadi tu betul-betul melampau. Nasib baik kawan-kawan se'flight' ada je. At least, tak ada lah bosan sangat menunggu. 


daku terbaring di taman bunga..kihkihkih
Sumber: Google

Hari ni first date aku dengan Abdul Halim. Alololo. Seronok sangat jumpa dia. Tapi satu je. Aku belum berani nak kendong dia. Takut. Hehe. Baru dua bulan kot. Happy giler sebab raya ni nanti dapat 'boyfriend' baru. Hehe. Eh, hello. Jangan fikir bukan-bukan ye. Masih setia pada yang satu walaupun Encik Fudhail susah nak contact. Isnin ni dah PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah). Doakan eh. Mudahan PBS kali ni adalah PBS yang lebih baik. InsyaAllah. 

p/s: rindu lah pulak...ehem..abaikan :')

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...