08 July 2012

sentuhan pertama - angan-angan nak jadi photographer la kunun..haha

Bismillah.

Mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi dan edit mengedit. Maaflah. Aku ni amateur je bukan tahap professional. Sekadar memanfaatkan camera digital Sony dan handphone Xperia Arc S pemberian ayahanda yang tersayang. Tak ada rezeki lagi nak beli DSLR. Suatu hari nanti, InsyaAllah. Tersusun 'kemas' dalam wishlist aku. Hehe. Satu kesukaan aku ialah aku suka tangkap gambar. Tak kisah lah gambar apa tapi yang penting bukan tangkap gambar sendiri. Aku suka gambar ramai-ramai bukan sorang-sorang. Segan.

ni ori punya tau. snap masa latihan bola jaring di IPG ku yang tercinta.

member yang dok panggil. "erma, erma..cantiknya awan tu..cepat snap!" anyway, thanks a lot to Jenny for giving me the ideas. Dia tahu kot aku jenis yang suka snap snap. Tangan memang tak jauh dari camera dan handphone. Opss. Kantoi. haha. Tapi, seriously. Cantik sangat masa tu. SubhanALLAH.

Tengah cuba gabungkan hobi menulis dengan snap snap. Maka, terhasillah gambar di atas. Harap korang suka. Ayat tu aku tujukan buat diri sendiri dan siapa-siapa sahaja. Kita manusia ni memang banyak khilafnya. Tak gitu? Mudahan Allah permudahkan niat kita.AMIN.

Sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...