29 July 2012

bukan kisah novel

Bismillah.

Dah masuk 9 Ramadhan. Tak terasa. Cepat betul masa berlalu. Aku masih aku. Tak ada yang berubah pun. Kadang-kadang,benda yang jadi adalah di luar jangkaan kita. Siapa pun kita, kita kena sedia, kita kena tabah. Aku boleh je taip apa yang aku pernah alami. I can just tell the whole world, "hey..this is my story..it goes like this.." but there's no point of doing it. 

Fitrah perempuan. Hati memang lembut. Kadang-kadang, air mata mengalir tapi kita tak sedar. Kita tahu sebab apa tapi kadang-kadang, kita tak sedar yang kita sebenarnya tahu. Betullah kan. Perempuan, luarannya lemah tapi dalamannya kuat. InsyaAllah. Bukan nak stereotaip tapi itu lah aku mampu aku katakan. Sepanjang 9 hari dalam bulan Ramadhan ni, entah tak tahu nak cakap macam mana. Alhamdulillah. Masih mampu berpuasa sebab setakat ni belum uzur syari'e lagi. Terawih? Alhamdulillah. Konsisten tapi ada beberapa malam tu aku tak berterawih atas sebab-sebab yang tak boleh nak dielakkan. Aku harap Ramadhan ni aku istiqamah dalam beribadah. Cuma, ada beberapa sebab yang buat aku agak terkilan dan bersedih. Bagi aku, selagi aku tak mampu bawa kawan-kawan aku ke arah kebaikan, aku masih dalam zon gagal. Bukan nak berlagak baik. Bukan nak cakap aku ni kaki masjid kaki itu atau kaki ini. Tak sama sekali. Cuma aku harap, sesuatu bakal berubah dalam diri kawan-kawan aku. Dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Betullah kata orang. Nak tegur, nak cakap itu ini dengan orang yang kita dah rapat susah sangat. Mulut rasa macam berat. Guess what? It do happen to me. Aku rasa, tak ada apa yang boleh buat aku gembira. Hari tu, aku ada cuba ajak. Alhamdulillah ada respon positif cuma ada sebab yang tak boleh nak dielak. Biasalah. Orang perempuan. Ya Allah, kuatkan aku. Kuatkan kami. Siapa cakap aku tak sayang? Sebab sayang lah aku bawa. Aku pernah tegur cuma mungkin tak istiqamah. Betullah kata Kak Yani. Bila kita nak ajak orang kepada kebaikan, kita kena istiqamah. Itu khilaf aku.

Sumber: Google

Teringat kata-kata semangat beberapa orang senior.

Kak Yani - "bila kita nak ajak orang buat baik, kena istiqamah"

Abang Yazid - "jangan putus asa n mengeluh. kena usaha dalam dakwah"

Terima kasih kepada pasangan ni. Semoga Allah permudahkan jodoh akak naqibah kesayangan aku & abg senior pilihan hati.Amin.

Kak Sheeda - "xhal..sebab semua ya bergantung kepada orang ya sendiri..jangan salahkan dirik"

Kak Syakira - "la tahzan..chill~ Allah ada"

Bila tengok diri aku sendiri, aku pun belum cukup baik tapi ada hati nak cakap itu ini kan? huhu. Entahlah. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Diri sendiri pun tak stabil. Semester ni, aku tak bersemangat sangat. Masalah hati sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku. Siapa cakap takde impak? Tipulah. Life must go on. Ada banyak benda lagi yang aku kena buat. Entahlah. Ramadhan oh Ramadhan. Ajarlah aku erti sabar. 

Sadaqallahulazim.

2 comments:

  1. shahril : mengajak manusia ke arah kebaikan gunakn " ilmu bukan nafsu " gunakan "istiqomah bukan mengalah " dan gunakan "peramah bukan pemarah" :)

    ReplyDelete
  2. syukran shahril..insyaAllah x gunakan nafsu & sifat marah tu..cuma istiqomah tu xde..mungkin sy takut kwn kecik hati..tu masalah paling utama..ape2 pun trima kasih :')

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...