24 July 2012

Bila penyakit M mula menyerang

Bismillah.

It's the fifth of Ramadhan! Alhamdulillah. Baru selesai terawih. Aku harap tahun ni aku istiqamah dalam beribadah sepanjang bulan Ramadhan al-mubarak ni. Amin. 24 days to go. Semoga kita sentiasa istiqamah. Amin. Maaf sangat-sangat. Bulan puasa ni aku macam malas pula nak update blog. Online tu memang lah online cuma aku gunakan laman blogger ni untuk membaca hasil penulisan orang lain. Aku pula tak ada apa-apa yang menarik nak dikongsi. Kalau setakat merepek di wall fb ngan twitter tu boleh lah kot..hehehe :p

Sumber: Google

Semester 2 ni banyak ABM kena buat..Banyak BBM kena buat..Excuse me,BBM tu bukan Blackberry Messenger sebab aku bukanlah pengguna Blackberry. Hehe. BBM tu bahan bantu mengajar..ABM pula alat bantu mengajar. Most of the tasks required us to create the ABMs for the teaching and learning activities. I have no choice. Nak jadi cikgu, nak tak nak kena lah buat. Seronok juga walaupun sometimes aku tertekan juga sebab banyak sangat benda kena buat. Tengah sedaya upaya adapt dengan situasi baru ni. Bukan senang tau. Learning is a process. It's tough but as long as you have the passion in it, you will be fine. InsyaAllah. Kadang-kadang, aku stress sebab lepas satu benda datang lagi satu lepas tu datang lagi satu dan satu lagi lepas tu satu lagi dan satu lagi. Kadang-kadang, pagi-pagi masa pergi kelas tu aku ceria tapi dalam pukul 11.30 muscle muscle urat urat di muka aku ni mula mengendur dan senyuman tu terus hilang sebab STRESS. hehe. alahai. Tak nak lah dalam tiga tahun lagi muka kedut-kedut. Oh no! Nak buat macam ni. Kena hadapi segalanya dengan tabah. Macam lagu Shila Amzah, "Aku harus tabahhh.." hehe. Salam Ramadhan. Selamat beribadah. Selamat berblogging.

Sadaqallahulazim.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...