18 June 2012

today's lesson :)

Bismillah. 

Alhamdulillah.Safely arrived in Kuching yesterday. Hari ni,semester 2 bermula. Walaupun banyak benda yang menyedihkan berlaku sepanjang cuti tiga minggu dan semester lepas, tapi aku kuatkan semangat juga. Dalam kita ketawa, kita menangis. Dalam kita menangis, ada je perkara yang Allah SWT datangkan supaya kita gembira. Kadang-kadang kita sedar, kadang-kadang kita tak sedar. 

Dalam cuti hari tu, aku kehilangan seorang lagi saudara terdekat. Kalau ikutkan, dia kira datuk aku lah juga. Arwah jenis gila-gila walaupun umur dah 70 lebih. Ada je benda yang keluar dari mulut arwah and confirm few seconds after that, spontan kita akan gelak. Good sense of humour. Masa arwah meninggal, ramai juga orang kampung yang ziarah, sebagai tanda penghormatan terakhir. Apa-apa pun, Al-Fatihah buat arwah datuk. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Apa lagi berita sedih eh? Ada lah tu. Malas nak cakap. Apa-apa pun, moga aku dan kau terus kuat. InsyaAllah.

Sumber: Google

Twist! Berita gembira. Aku dapat anak buah baru! Haha. Baru je pagi tadi. Sayangnya, beliau lahir sehari selepas aku balik kampus. Adei. Tak sempat makcik dia nak snap snap, then tell the whole world that, "HEY, THIS IS MY NEW BORN NEPHEW! HE IS SOOOOO...bla bla bla" kihkihkih.. Tadi call mak ngan ayah, diorang cakap baby tu tak ada nama lagi. Esok, baru lah Kak Sue(merangkap bini kazen aku) balik rumah sebab hari ni doktor tak ada. DOKTOR? haih. rindu encik doktor. sangat-sangat. (ignore these two statements). Means, balik raya ni kena beli lebih sikit. OKAY. Kena plan nak beli apa. Hehe. Let me tell you that I'm a person who loves to give presents. Walau 'sempit' macam mana sekali pun, aku akan usahakan demi orang-orang yang aku sayang. Baik tak aku?kihkihkih. Guwauu :3

p/s: first day class, awal-awal pagi lagi dah kena belajar numerical literacy/literasi nombor and guess what? It's all about Maths. Algebra yang aku pernah buat dulu tapi pagi tadi, merangkak bila nak buat. Adalah dalam 10-15 minit aku melayang. haha. adei. Payah manusia yang 'suka' nombor ni. Malam ni dah ada kerja rumah. oh.. wonderful =.=

Sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. Hahaha..so sweet. Allah tu maha adil. Dia ambil 1, gnti yg baru.
    CiM suka baby, tp dh lama bebenor tk brbaby...

    ReplyDelete
  2. same goes to me! suka tgk baby..tp kalu yg baru lahir tu x reti nk pegang..ngeee...

    ReplyDelete
  3. tahniah dpt anak buah baru...number?? wow ilove it!!!heee

    ReplyDelete
  4. ngaaa...ya Allah...payahnye nk phm maths..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...