07 June 2012

'Tips Kecantikan' menurut Islam

Bismillah.

Anda ingin kelihatan lebih cantik dan menarik?

Pertama,
Jadikanlah ghadhdul bashar(menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda, nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih.

Kedua,
Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda nescaya akan semakin manis.

Ketiga,
Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terbuat daripada sifat malu yang dibuat daripada 'salun iman'.

Keempat,
Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


Sumber: Google

Kelima,
Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

Keenam,
Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan 'gelang tawadduk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhuwah'.

Ketujuh,
Sebaik-baik kalung anda adalah kalung 'kesucian'

Kelapan,
Bedakilah wajah anda dengan 'air wuduk' nescaya akan bercahaya wajah anda di akhirat.

p/s: menarik kan? aku dapat dari salah satu novel yang aku baca.renungkan.fikir-fikirkan.selamat beramal!

Sadaqallahulazim.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...