28 June 2012

[CERPEN] Syawal Berdarah - Bhg Akhir

Bismillah.

Sambungan dari entry khas semalam. Tak panjang mana pun. :)


*           *           *           *
            Takbir sudah bergema. Kebanyakan daripada penduduk Kampung Semerbak berada di rumah. Mereka sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya. Keluarga Ustaz Abdulllah juga tidak ketinggalan. Wan Fauziah sibuk di dapur dibantu oleh suaminya.
            “Mana Syah, ibunya?”
            “Entahlah, bang. Di bilik agaknya. Biar saya naik atas dulu.”
           
Wan Fauziah pun naik ke tingkat atas rumah mereka. Pintu bilik Syahrin diketuk perlahan. Nama anaknya dipanggil berkali-kali namun tiada jawapan. Dipulasnya tombol pintu yang tidak berkunci. Alangkah terperanjatnya dia....
“Astaghfirullahalazim. Apa kamu buat ni Syah?” Suaranya seakan menjerit.
Syahrin yang separuh sedar itu menoleh ke arah ibunya. Sebotol air arak masih berada dalam genggamannya. Dia cuba bangkit dalam keadaan terhuyung-hayang. Di tangan kirinya, tergenggam sehelai kertas.
“Ibu, Syah nak geran tanah pusaka ni jadi duit raya boleh kan bu? Malam ni, Syah nak jadi raja. Raja di jalan raya KL tu.”
“Kamu minum air kencing syaitan tu, Syah?! Walid dan ibu tak pernah ajar kamu buat semua ni. Bagi balik geran tanah tu Syah. Bagi balik!”
Ustaz Abdullah yang terdengar jeritan isterinya bergegas naik ke tingkat atas. Dia melihat isterinya cuba mendapatkan kembali geran tanah yang berada dalam genggaman Syahrin. Bau masam menusuk hidung. Wan Fauziah yang sudah hilang sabar menampar pipi Syahrin buat pertama kalinya. Syahrin berang lalu tubuh ibunya ditolak sekuat hati. Wan Fauziah tidak sempat mengimbangi tubuhnya yang agak gempal. Dia tersungkur. Kepalanya mengenai bucu pintu. Darah merah mula mengalir. Ustaz Abdullah panik. Hampir sahaja dia memukul Syahrin namun Syahrin sempat melarikan diri dalam keadaan mabuk.

Sumber: Google

Dia menunggang motosikalnya menuju ke bandaraya Kuala Lumpur. Tiba di suatu tempat, sekumpulan remaja bagaikan menanti kedatangannya. Apabila terlihat akan kelibat Syahrin, mereka bersorak gembira. Tidak lama kemudian, perlumbaan pun bermula. Keheningan malam Syawal dicalari dengan bunyi motosikal. Mat-mat rempit yang bersaing itu menunjukkan kehebatan masing-masing. Syahrin berada di hadapan sekali. Dengan bertaruhkan geran tanah pusaka milik keluarganya, dia terus memecut laju meninggalkan orang lain. Tiba di satu selekoh, dia cuba membelok. Dia tidak sedar akan kedatangan sebuah lori yang penuh dengan muatan dari arah yang bertentangan. Syahrin hilang kawalan. Motosikal yang ditungganginya terbabas. Tubuhnya terpelanting jauh. Pemandu lori yang tidak sempat menekan brek telah melanggar tubuh Syahrin. Kakinya digilis lori. Kepalanya menghempap aspal. Mukanya mengenai jalan raya luka teruk. Daging pipinya terkoyak. Darah mula membanjiri permukaan jalan. Topi keledar yang tersarung di kepala tidak mampu menyelamatkan dirinya. Serpihan kaca cermin mengenai tubuh Syahrin. Tanpa lafaz kalimah syahadah, dia terkulai layu di situ. Maka, terpisahlah roh dari jasad saat takbir suci bergema.
Pada masa yang sama, tangisan hiba Ustaz Abdullah memenuhi segenap ruang kamar tidur Syahrin setelah isteri tercinta menghembuskan nafas yang terakhir pangkuannya. Rasa kesal yang bertamu dalam diri kerana terlalu menurut kehendak anak tunggalnya itu tidak mampu mengubah takdir Yang Maha Esa.
*           *           *           *
Azfar duduk bersila di tepi sebuah pusara. Naskah Yassin digenggam kemas. Cuaca redup pada petang Jumaat itu tidaklah seredup hatinya. Lima tahun sudah peristiwa itu berlalu. Namun, tragedi pada malam Syawal itu masih segar di ingatannya. Tragedi yang telah meragut nyawa sahabat karibnya sendiri, Syahrin turut menjemput pulang ibu Syahrin, Wan Fauziah ke pangkuan Ilahi. Benteng ketabahannya runtuh setiap kali dia terkenang akan peristiwa itu. Dia menangis tersedu-sedan. Dengan iringan doa, dia melangkah pergi.
“Selamat tinggal, Syah. Semoga kau tenang di sana.”

-TAMAT-

Sadaqallahulazim.

6 comments:

  1. akhirnya.. hheehh.. nice2..
    tahniah erma tahniah.. ehehe

    ReplyDelete
  2. maaf yer lambat komen..sbb nk baca cerpen kena ada zuuppp sikit bru semngt nk bca..ok ni dh ada zuuppp...ermmm nk komen ni dgr tau..jgn terasa hati ek...ni komen untuk cerpen ni troz..penggunaan bhasa sedap n perfect..cuma jln cerita perlu lbh kreatif..contohnya maknyer jatuh kena bucu lalu berdarrah n dia mati kemalangan...semuanya mcm cerita drama tv3..kalo erma mampu mencari idea yg lbh sempoi..insyALLAH mampu menjadi salah 1 buku telaga biru.. maaf yer nmpk mcm kritikan nmun x semua pujian mampu membuatkn kita bergerak lbh baik....GOOD JOB MY FRENZ....jgn berhenti menulis ok...

    ReplyDelete
  3. xpe..ok je...trima kasih..hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...