27 June 2012

[CERPEN] Syawal Berdarah - Bhg 1

Bismillah.

Aku belum cukup konfiden nak share hasil penulisan novel aku tu. Cerpen ni aku tulis masa di tingkatan 5 sebab masa tu cikgu nak kami tulis pasal mat rempit. Cuma, aku masukkan elemen Islamik dalam cerpen ni. Tak banyak mana tapi masih ada. Ayat memang skema sikit lah sebab masa tu cikgu cek so kinda scared. Alhamdulillah, cerpen ni masuk majalah sekolah. Pernah dipertandingkan di peringkat ape ntah tapi tak ada rezeki :)

Nama watak,tempat tak ada kaitan dengan orang yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia,okay?Maaf sangat-sangat.Aku bukan hebat sangat dalam bidang penulisan ni.Sekadar mencuba.Kalau ada yang kurang,tolong perbetulkan ye :)

* * * * * *

Air tasik yang sedikit berkocak tidak mampu mengusir pergi kenangan lalu yang singgah di benaknya. Hatinya dipagut rindu. Rindu pada sang teman yang sudah lama terpisah. Mindanya mula mencongak. Apabila disedari, hampir lima tahun peristiwa itu berlalu. Jaket kulit tebal masih tersarung kemas di tubuh. Udara dingin di bumi kanggaru itu seakan-akan mengingatkan dia pada kenangan yang menyakitkan. Kenangan seringkali membuatkan kita tertawa atau tersenyum. Tapi tidak bagi dia Ironinya, kenangan itu sukar dilupuskan.
Kakinya mula melangkah pergi meninggalkan kawasan tasik itu. Cuti semester bakal bermula tidak lama lagi. Kerinduan pada tanah air tercinta mula menggamit rasa. Beberapa hari lagi, bumi asing itu akan ditinggalkan buat sementara waktu. Terbayang-bayang keindahan kampung halaman nun jauh di Semenanjung Tanah Air. Niat di hati ingin pergi ke perpustakaan berhampiran namun niat itu terus dibatalkan dek terkenang akan diri yang belum menyahut seruan Ilahi di kala sang mentari menyinar dalam kesejukan yang mencengkam. Tanpa dipinta, peristiwa itu terlayar kembali di kotak ingatannya.
*           *           *           *
“Ah, persetankan semua hukum-hakam yang kau belajar itu. Yang paling penting, aku seronok hidup begini. Kalau menang, aku dapat habuan. Kalau kalah, itu sudah menjadi nasib.”
Dumm! Pintu rumah dihempas kuat. Deruan motosikal kedengaran meninggalkan halaman rumah membelah pekat malam. Bagaikan ingin luruh jantung Azfar mendengar hempasan pintu itu tadi. Niat murninya disalah erti oleh sahabatnya sendiri. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi demi seorang insan yang bergelar sahabat. Fikirannya buntu. Hanya doa tulus yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi agar sahabatnya itu berubah. Dia tidak tahu di mana silapnya sehingga Syahrin boleh berubah sejauh itu. Siapa tidak kenal Syahrin? Pelajar kesayangan guru-guru di salah sebuah sekolah menengah agama di negeri Selangor. Gelaran ustaz yang dsandang oleh walidnya menaikkan lagi pengaruhnya di sekolah. Benarlah kata orang, iman itu tidak akan dapat diwarisi hatta dari ayah kita sendiri.
*           *           *           *
Petang itu, Syahrin mengajak Azfar ke kedai buku. Katanya indin membeli barang keperluan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menjelang. Azfar yang tidak suka membantah hanya menurut kehendak Syahrin yang agak mendesak. Nasib mereka agak baik pada petang tersebut kerana bas awam yang dinanti tiba tidak lama selepas mereka tiba di kawasan perhentian bas. Mujurlah penumpang tidak ramai. Yang kelihatan hanyalah seorang pemuda sekitar 30-an dan seorang perempuan tua bersamanya cucunya. Azfar melemparkan senyuman ke arah pemuda dan perempuan tua itu. Mereka berdua pun melabuhkan punggung di atas tempat duduk penumpang. Ketika pemandu bas awam itu ingin memberhentikan bas di bahu jalan untuk mengambil penumpang, bas itu telah dipotong oleh seorang penunggang motosikal. Deruan motosikal itu membingitkan telinga. Tiba-tiba, Syahrin bersuara,
“Azfar, kau nampak penunggang motosikal itu tadi?”
“Ya, aku nampak. Kenapa? Orang macam tu menyusahkan orang lain saja.”
“Aku hendak jadi seperti dia. Raja di jalan raya. Born to ride lah katakan. He he he.” Jawab Syahrin sambil tersengih-sengih.
‘Dia ni merepek ke apa? Takkan anak ustaz nak jadi macam Carey Hart? Mustahil!’
Azfar memandang pelik ke arah temannya itu. Bibirnya mencebik tanda dia kurang setuju dengan kata-kata Syahrin. Syahrin hanya membiarkan. Impiannya untuk memiliki sebuah motosikal sendiri  sudah lama disimpan. Ingin disampaikan niatnya itu kepada Ustaz Abdullah namun dia belum cukup bersedia untuk menjawab segala soalan yang bakal ditanya oleh walidnya. Syah berani ke? Syah tak takut kena tangkap polis? Syah nak naik motor dengan siapa? Syah itu Syah ini. Azfar yang masih berasa hairan dengan kenyataan Syahrin sebentar tadi mula mengingati sesuatu. Setahunya, Ustaz Abdullah ingin menghantar anak tunggalnya itu ke Mesir. Ustaz Abdullah sendiri merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang agama. Dari pemerhatiannya, Syahrin seakan-akan tidak berminat dengan cadangan Ustaz Abdullah. Namun dia tidak berani membantah keputusan walidnya.
“Bukankah kau nak ke Mesir? Pakcik nak kau jadi seorang tahfiz, guru agama macam dia, Syah. Bukan rider.”
“Ah, Darul Quran, KUIN kan ada di Malaysia. Banyak lagi tempat lain yang aku boleh pergi selain Mesir.”
“Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan Syah oi. Tak salah rasanya kalau kita merantau ke bumi orang semata-mata nak kutip ilmu.”
“Ah, malaslah cakap dengan kau. Buat sakit hati saja.”
Azfar menggeleng lemah. Sikap Syahrin yang keras hati memang sukar diubah. Bas yang sudah tiba di kawasan bandar itu berhenti berdekatan dengan sebuah pusat beli-belah.

Sumber: Google

           
            Setelah hampir dua tahun memerah otak, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia telah pun diumumkan. Azfar berasa puas kerana segala usahanya dirasakan berbaloi. Walaupun dia berasa puas dengan keputusannya, rasa kurang senang masih beraja di sudut hati yang dalam. Dia dapat merasakan perubahan ketara pada diri Syahrin. Semenjak memiliki motosikal sendiri beberapa bulan yang lalu, Syahrin sudah jarang menjejakkan kaki masjid. Dahulu, suara merdu Syahrin sering berkumandang melaungkan azan dan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kini tidak lagi. Waktu hujung minggu yang dahulunya diluangkan bersama-sama hanya tinggal kenangan. Azfar dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Syahrin. Ustaz Abdullah dan Wan Fauziah, ibu Syahrin sudah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Tingallah anak tunggal mereka itu seorang diri di rumah. Setahu Azfar, kedua-dua orang tua Syahrin akan berada lama di tanah suci. Menurut Ustaz Abdullah, mereka akan pulang ke tanah air beberapa hari sebelum Syawal menjelang.
*           *           *           *
 Ramadhan muncul lagi. Ketika itu, umat Islam di seluruh dunia menunaikan rukun Islam yang ketiga. Seperti tahun-tahun yang sudah, Masjid di Kampung Semerbak di daerah Kajang itu akan dipenuhi dengan para jemaah yang ingin menunaikan solat terawih. Peluang keemasan yang datang sekali dalam setahun itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Azfar. Akan tetapi, dia keseorangan tahun ini. Syahrin tidak lagi bersamanya. Walaupun agak kecewa, namun ditahannya sahaja. Berita gembira mengenai permohonannya yang diterima masuk ke University of Melbourne di Australia inigin dikongsi bersama Syahrin. Tetapi, belum kesampaian.
Malam itu, Azfar menunaikan solat terawih seperti biasa. Usai solat, dia duduk termenung di beranda masjid. Fikirannya menerawang. Dia tidak sedar akan dirinya yang diperhati oleh Imam Rais. Imam Rais mendekati Azfar perlahan-lahan. Bahu anak muda itu ditepuk lembut. Azfar menoleh lantas bibirnya menguntumkan senyuman. Tangan orang itu dicapai dan disalami penuh sopan.
“Apa yang kau menungkan, Azfar? Agak-agaknya, dah sampai ostorolia tak? Sampai tembus pagar masjid tu hah,” ujar Imam Rais sedikit pelat apabila menyebut Australia.
“Tak ada apa-apa lah, tok.”
“Eh, ke mana perginya anak si Abdullah tu? Lama benar rasanya dia tak datang sini.
Azfar menjongketkan bahu. Dia sendiri tidak tahu ke mana Syahrin menghilang. Soalan Imam Rais dibiarkan tidak berjawab. Walaupun dirasakan kurang sopan, Azfar membiarkan saja. Akhirnya, dia meminta diri untuk pulang. Rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ memudahkan dia untuk berulang-alik dari rumah ke masjid setiap hari. Selipar disarungkan ke kaki lantas dia melangkah pergi. Dengan bertemankan cahaya lampu suluh, Azfar meneruskan langkah. Tiada langsung ketakutan dalam dirinya. Di suatu simpang, dia terlihat sekumpulan anak muda dan beberapa orang gadis berpakaian sendat. Tanpa segan silu, mereka berpelukan dan bercumbu-cumbuan. Ada di antara mereka yang memegang botol-botol kaca lalu meneguk rakus air yang terkandung dalam botol itu sambil ketawa riang. Kelihatan banyak motosikal tersadai di tepi jalan.
“Mat rempit rupanya,” bisik Azfar perlahan.
Pada mulanya, Azfar ingin membiakan sahaja telatah anak-anak muda yang tidak ingat dunia itu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya. Dengan lafaz bismillah, dia mendekati kumpulan remaja itu. Salam diberi penuh makna. Tawa anak-anak muda yang bergema sebentar tadi terhenti seketika. Pandangan pelik dilemparkan ke arah Azfar yang masih berkopiah. Tidak lama selepas itu, tawa mereka meletus lagi. Kali ini, tawa mereka kedengaran seperti mengejek. Hanya seorang daripada mereka yang tidak ketawa bahkan langsung tidak tersenyum. Pemuda itu merentap kasar tangan Azfar dan menyuruhhya membonceng motosikal miliknya.
Brooomm... Motosikal itu terus memecut laju meninggalkan kepulan asap tebal. Syahrin membawa Azfar pulang ke rumahnya. Topi keledar yang tersarung di kepala sebentar tadi dilemparkan ke lantai sekuat hati. Wajah Syahrin menyinga. Azfar kaget.
“Kau marah pada aku, Syah? Aku tak nak kalau kawan aku buat benda tak elok. Berpelukan sana-sini. Minum arak. Kau nak mati katak dengan merempit tu? Berdosa Syah! Neraka tempat kau nanti,” luah Azfar.
“Ah, persetankan semua hukum-hakam yang kau belajar itu. Yang paling penting, aku seronok hidup begini. Kalau menang, aku dapat habuan. Kalau kalah, itu sudah menjadi nasib.”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Syahrin terus meninggalkan Azfar terkulat-kulat seorang diri. Dia masih terkejut. Dia tidak menyangka Syahrin boleh menjadi sebegitu lemah walaupun telah diterapkan dengan ilmu-ilmu agama sejak kecil. Semenjak peristiwa malam itu, Azfar sudah jarang-jarang bertemu Syahrin. Jika berselisih di mana-mana, Syahrin akan terus melarikan diri. Azfar hanya mampu bersabar.

Sadaqallahulazim.





5 comments:

  1. very good dear.. keep it up!! ^_^

    mun disambung jadi lebih panjang kit bagus juak tok ma.. hehehe

    kmk selaku guru minor BM beri student f5 A++ cerpen tok.. biak F5 ya.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. A++? yohhh..melampau ya..hehe..masih byk yg mok dibetulkan eh..blom ktk bc novel ditulis mek..haha...tang pelik jak mek rs jalan cerita nya..anyway,thanks kak..hehe..sy budak baru belajar..kalau salah tlg tunjukkan :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ok apa, F5 dah molah cita kedak tok... hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe..sesungguhnya,segala idea itu dtg dari Allah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...