17 May 2012

Jom tukar DP!

Bismillah.

Rasanya ramai yang tahu pasal solidariti untuk Palestin di Facebook kan? Jom kita tukar DP ramai-ramai. Betulkan niat dulu. Bila kenang balik pasal Palestin ni, sebak pula. Sampai bila lah nasib saudara-saudara kita nak terbela kan? :(

Tak ape. Yang penting, kita bantu. Jauh tak ada masalah. Yang ni dapat dari facebook member. 


Diceritakan seekor burung kecil mengisi air dalam paruhnya lalu terbang menyiram ke atas api yang membakar. Berulang-alik. 

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab burung kecil,
“Memang tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah, kerana Dia akan menyoalku nanti, apakah yang sudah aku lakukan untuk agama-Nya, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”



Sumber: Google

Lalu dijawab burung kecil, “Memang tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah, kerana Dia akan menyoalku nanti, apakah yang sudah aku lakukan untuk agama-Nya, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”


Renungkan. Fikir-fikirkan. Selamat beramal. 

p/s: Malam ni ada majlis solat hajat di Masjid Muallimin bagi kami-kami yang exam ni. Warga IPGKBL dijemput hadir. Doakan ye. Aku ada dua paper lagi. Linguistics & Literature in English. Semangat ni! haha. Tak sabar nak cuti. Encik Fudhail dah ada di KL dah. Orang dah cuti. Entah apa plan encik doktor tu kali ni. Ape-ape je lah.kbye!

sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. wah bkn dp fb jer ni..siap header pon tukar skali..hehe..nice..ermm bgoz citer ni..chukran

    ReplyDelete
  2. sy tibe2 je rs rajin nk tuka..hehe..ala afwan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...