05 April 2012

Saudara Baru :)

Bismillah.

Ketiadaan riang untuk berkongsi cerita di blog. Maaf. Macam biasa. Assignment tak habis-habis. Aku pun tak tahu bila nak habis. 

Tajuk, "saudara baru". Selalunya, kita kaitkan perkataan "saudara baru" ni dengan orang yang baru masuk Islam ye tak? Apa-apa pun, all praises to Allah SWT sebab salah seorang rakan sekelas di sekolah menengah aku dulu telah mendapat hidayah dari Allah SWT untuk menyahut seruan Islam. Aku baru dapat tahu pasal berita dia bertukar agama semalam. Kira aku ni lambat lah juga. Teringat masa zaman sekolah dulu. Dia tak fasih sangat berbahasa Melayu. He speaks English most of the time. Well, students from missionary school. English-Medium school memang macam tu lah. Manglish tu dah kira benda biasa. Bila masuk sekolah menengah, semua dari latar belakang yang berbeza. Mungkin juga culture family dia. Oh ya. He's name is Gabriel. Mungkin ada hikmah juga sebab dia jatuh cinta dengan perempuan Melayu. One of my schoolmates la juga. Tak sama kelas tapi kenal lah. Hehe.

Source: Google

Teringat zaman sekolah. Kadang-kadang, penat juga tengok orang berkepit ke hulu ke hilir dengan awek. Kadang- kadang, diorang lepak kat kelas aku. Haha. Tapi, alhamdulillah sebab hubungan diorang bertahan sampai sekarang. Nak kahwin kot. Kalau ada jodoh tak ke mana. Sekarang nama dia dia "Ariff Zulkarnain". Tapi jujurlah. Dulu dia sangat-sangat polite dengan budak-budak Muslim. Soft spoken. Bila kelas BM, esei si Gab ni lah jadi topik utama sebab as I mentioned just now. Dia tak fasih BM so sounds a bit funny and weird. Bukan a bit tapi sangat-sangat lucu. haha. Aku rasa perut aku cramp sebab gelak. Hehe. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah. Semoga saudara baru kita ni sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin :)

sadaqallahulazim.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...