28 April 2012

Life and Palestin.

Bismillah.

Entah berapa hari tak update blog. Baru hari ni ada rasa nak update. Maaflah. Baru berjaya habiskan dua paper minor. Alhamdulillah. Senang. Bukan nak riak ye tapi itu lah kenyataannya. Hujung minggu ni rehat-rehat sikit. Ingatkan nak pergi jalan-jalan tapi macam malas pula. Hehe. 

My parents are currently in Miri. Bila bosan sebab tiga-tiga tak ada di rumah, itu lah kerja diorang. Merantau ke Miri jenguk adik-adik. Aku yang ada di Kuching ni susah lah sikit tapi tak apa lah. Tunggu cuti. Okeh. Sabar sabar sabar. Pheww. Encik Fudhail balik Malaysia esok. Yippie, yippie yay! At least tak ada lah masalah coverage ilang untuk beberapa bulan. Orang tu kena kerja cuti ni. Tambah pocket money kot. Ikut suka dia lah. Hehe.

Malam tadi ada program Belia Bersama Palestin di kampus aku. Alhamdulillah. Atas kerjasama pihak Aman Palestin, BADAR dan JPP Biro Kerohanian, semuanya berjalan lancar. Cuma, yang sedihnya, masih ada beberapa tempat duduk yang masih kosong di auditorium. Ada je yang tak hadir. Tapi memang dah menjadi hakikat kan. Kalau ada program kemanusiaan ke keagamaan ke, seciput je yang datang. Cuba kalau buat konsert atau apa-apa yang ada kaitan dengan hiburan, tak cukup tempat nak duduk kot. Resam manusia memang macam tu, ye tak? Malam tadi, aku kena take over booth jualan amal sampai program habis with some of my friends. Membeli sambil menderma. Alhamdulillah. Dapat sambutan yang menggalakkan dari para guru pelatih dan para pensyarah. Seronok buat kerja amal ni. Hehe. Keahlian untuk sukarelawan dah dibuka. Niat nak join tu ada tapi takut tak dapat nak bagi komitmen sepenuhnya. Aku tengah fikir-fikirkan. Kalau ada di antara kawan-kawan yang join, aku join kot sebab takut kalau ada program, aku sorang-sorang then lost then blur, susah juga. hehe.

Antara items yang dijual.And I bought one of the books.Tengah menghabiskan pembacaan.

Bila kita renung balik, isu Palestin ni bukan sekadar isu keagamaan dan politik semata-mata, tapi ada kaitan dengan isu kemanusiaan. Kalau kau betul-betul manusia kau takkan bunuh manusia. Setuju? Terpulang. Itu pendapat aku. Kita bantu setakat termampu. Bantu tak semestinya kita guna pedang, senapang, bom. Doa sebagai senjata. Duit pun tak ada salahnya. Yang penting, niat kita nak tolong. Ganjaran di sisi Allah tu lagi besar, ye tak? Mudah-mudahan niat kita nak membantu tu dipermudahkan oleh Allah SWT.AMIN

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...