06 March 2012

Perempuan memang begitu sifatnya.

Bismillah.

Pertama sekali, maaf. Semalam tak ada kudrat nak meng'update' blog bila assigment kena submit hari ni. Lumrah hidup pelajar. Memang suka tangguh-tangguh kerja. Sejujurnya, aku agak tidak terurus beberapa minggu ni. Kadang-kadang aku rasa aku lembik je. Penat. hoho. Mungkin sebab kelas sampai petang, kelas ganti dan sebagainya. Kadang-kadang jadi burung hantu sebab tidur lewat. Kadang-kadang, bila badan dah terlampau penat mata tak boleh nak lelap walaupun pada hakikatnya aku mengantuk sangat-sangat. 

Okay, Itu sekadar luahan perasaan. hehe. Kembali kepada tajuk asal. Cewah. Aku teringat satu ketika dulu. Seorang kawan tengah krisis dengan awek dia. Tak tahu lah nak cakap macam mana. Dia salah ke awek dia yang salah. Setahu aku, hubungan diorang ni dah direstui oleh keluarga dari kedua-dua belah pihak. Jadi tak ada masalah sangat. Dia pun pernah cakap yang kalau boleh dia nak ada ikatan. Tumpang gembira lah kan bila kawan kita gembira. Satu yang aku dapat tahu dari dia. Si perempuan ni tadi berjauh hati sebab tak dipedulikan oleh si lelaki. Dari perspektif seorang perempuan, kalau aku di tempat dia, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama. Masa kawan aku share, sejujurnya aku salah kan dia bila hal tu terjadi.

Sumber : Google

Bila aku fikir balik. I know the reason why I blame my friend on that. Mungkin fitrah perempuan memang macam tu. Suka diberi perhatian, suka dikasihi, suka disayangi. Generally, this is what happen. No doubt. Tak kisah lah dengan siapa hatta kawan-kawan sekali pun. Perhatian tak semestinya kita nak dikenali atau apa. Tapi bagi aku, perhatian dari seseorang tu perlu lagi-lagi bila kita down, tekanan atau ada masalah. Apa-apa pun terjadi, kita perlu sokongan dari orang lain. Kalau aku, aku kena kongsi kalau aku ada masalah ke apa. Aku tak boleh simpan sorang-sorang. That's how I manage myself. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya pengsan la. hehe. Em, kenapa aku tiba-tiba cakap pasal perhatian ni? huhu. Bila aku kaitkan dengan hal aku dan Encik Fudhail, macam mana eh? Lebih kurang macam tu lah. Kadang-kadang aku faham. Kadang-kadang aku tak faham. Kadang-kadang aku bosan sorang-sorang. Dia sibuk memanjang. Bila ada masa, baru dia contact, cerita semua A sampai Z. Mungkin aku kurang memahami sebab aku tak belajar apa yang dia belajar. Dia pun tak belajar apa yang aku belajar. Bila dia minta tolong apa-apa, aku tengah duduk dalam kelas. Bila tiba giliran aku minta tolong dekat dia, dia dalam lecture hall pula. Satu lagi mungkin sebab perbezaan masa antara Malaysia dan Mesir. Mula-mula memang lah aku berjauh hati tapi bila aku fikir balik, hidup pelajar memang macam tu. Tugasan itu tugasan ini, assignment itu assignment ini. Bila aku cakap apa yang aku  rasa, apa yang aku tak puas hati, dia akan explain kenapa macam tu kenapa macam ni.   Mungkin keadaan sekarang tak macam dulu sebab dua-dua memang sibuk. Again, no doubt. Kuncinya sabar lah. Entahlah. Susah nak cakap. I miss my previous life. 

p/s : Maaf. Aku jiwang sikit malam ni sebab ada sedikit touching. Perempuan memang lumrahnya begitu. Betul tak? hehe. okay, nak tidur.

sadaqallahulazim

4 comments:

  1. salam. ehem. kmk ska entri ktk tok. sbb kmk sdg alaminya juak. ktk tulis exactly apa yg kmk rsa :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...