03 March 2012

Motivasi diri.

Bismillah.

Baca ni.Bermakna sangat-sangat.I got somewhere on Facebook.

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak, 
Maka rawatlah hati insan yang bakal terpesong jauh daripada AGAMA yang tercinta.


Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
Maka lakarlah sinar ISLAM yang mampu menyinari kehidupan setiap MUSLIM.


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
Maka binalah satu UKHUWAH yang kukuh antara umat ISLAM itu.


Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
Maka pertahankanlah ISLAM di mata dunia.


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
Maka pandulah manusia untuk kembali ke JALAN yang diredhai-NYA.

Sumber : Google

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat ISLAM daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.


Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
Maka didiklah anak bangsa untuk menjadi MUSLIM yang berjaya.


Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
Maka sedarkanlah manusia bahawa PAHALA Allah SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.


Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, 
Maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didikmu agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.

p/s : apa-apa pun pekerjaan kita di kemudian hari, agama mesti didahulukan dalam apa jua keadaan. sehebat mana pun kerjaya kita kalau agama dilupakan, takkan ke mana.betul tak? tepuk dada tanya iman. refleksi diri hiasi peribadi. InsyaALLAH.

sadaqallahulazim

2 comments:

  1. hehe...betul..teringat statement ms mula2 orientasi kt sini.. "saya bangga jadi guru"..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...