17 March 2012

Mimpi kiamat.Mungkin.Wallahualam.

Bismillah.

Aku merayau-rayau di alam maya hampir setiap hari. Banyak benda yang aku baca. Banyak benda yang aku sedar. Banyak benda yang aku fahami. Walau sesibuk mana aku siapkan assignment tapi aku akan pastikan yang aku ada sesuatu untuk dibaca. Release tension lah kan. hehe. Ada sesuatu yang nak aku kongsi. Aku tak pernah kongsi dengan sesiapa rasanya sebab apa yang nak dikongsikan tu adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Sesuatu yang pasti tapi sebagai manusia biasa aku tak tahu bila benda tu akan berlaku. Hanya Allah SWT yang tahu. Mungkin aku ada tercerita atau terkongsi dengan orang yang aku rapat tapi entah. I've no idea sebab aku betul-betul lupa. Dah lama dah benda ni berlaku.

Orang selalu cakap,mimpi tu mainan tidur tapi aku percaya,apa yang ada dalam mimpi kita tu ada sesuatu yang tersirat. Pernah baca buku tafsiran mimpi mengikut pandangan Islam tapi aku baca bahagian tertentu je. Yang pernah aku alami. Sebenarnya macam ni. Malam tu aku tak ingat malam apa. Mungkin pagi. Kalau tak silap sebelum azan Subuh. Yang aku ingat, bila aku bangun, dah azan. Mimpi yang buat jantung aku berdegup. Sampai sekarang aku ingat lagi. Orang cakap kalau kita ingat mimpi tu maksudnya kita genius? haha.. gurau :P

 
Sumber: Google

Dalam mimpi tu, aku macam tinggal dekat suatu tempat yang sangat tinggi. Macam menara. Lepas tu bila aku tengok bawah semua gelap. Macam mana aku boleh tinggal kat situ sedangkan aku gayat tinggi? Pelik. Tempat tu macam mewah. Ramai sangat manusia yang aku tak kenal. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Tiba- tiba, tempat tu bergegar macam ada gempa bumi. Semua panik. Langit semua gelap, hitam dan merah. Yang paling menakutkan, aku nampak bulan mengecil, macam berlipat. Matahari pun macam tu. Aku tak ingat yang aku ada nampak planet lain ke tak. Entahlah. Tapi pelik kan? Macam mana aku boleh nampak bulan dan matahari pada masa yang sama. Apa yang aku tahu, aku cari mak ayah aku. Aku cari adik-adik aku. Aku cari Encik Fudhail. Aku nampak muka insan-insan ni tapi macam tak sempat nak jumpa. Dalam mimpi tu aku sedih. And it ends just like that once I heard the azan.

Mungkin Allah nak ingatkan aku. Kita ni selalu buat dosa sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita buat dosa. Banyak kekurangan. Mungkin mimpi tu satu petanda atau satu peringatan kepada orang yang mengalaminya dan juga orang yang membaca sekarang ni. Wallahualam.

sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. Yea kita tak sedar tentang dosa yang dilakukan

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang mimpi memberi petunjuk kepada kita juga..supaya kita sedar dan beringt kepada ALLAH swt..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...