04 March 2012

Gathering & BADAR [Kisahku]

Bismillah.

Malam tadi,telah berlangsung satu event di mana kami, para junior dan senior yang ada berkumpul bersama-sama, together with lecturers. Event ni sebenarnya untuk menyambut kepulangan senior dari University of Otago, New Zealand. Tahun ni merupakan tahun terakhir pengajian diorang di sini selepas selesai twinning programme di sana. Untung kan?Batch aku tak sempat untuk twinning programme macam ni. Malam tadi ada juga tengok perkongsian dari kakak-kakak dan abang-abang ni. Cemburu? Hehe. Tipu lah kalau tak ada tapi menuntut ilmu ni mana-mana pun boleh kan? Malam tadi kelas aku perform. Persembahan 1 Borneo. Kena buat medley lagu English(yang telah dinyanyikan oleh tuan belog ini), lagu Melayu, lagu Cina, lagu Iban dan Lagu Sabah. Lagu India je tak ada sebab classmate aku tak ada yang berbangsa India. Masa lagu Sabah tu (yang telah didendangkan oleh seorang classmate yang berasal dari Sabah), satu kelas kena menari tarian sumazau. ALLAH. haha. Aku kalau ikutkan diri yang sebenarnya, aku memang tak pandai dan tak suka menari. Sangat-sangat tak suka tapi demi kelas, aku kuatkan hati juga. Hentam je lah. Asal gerak sama dengan orang lain. Tapi, tarian tu tak lama mana. Teringat zaman sekolah. Ustazah tak benarkan kami yang perempuan ni menari. Masa tu aku suka sangat-sangat sebab aku tak minat dengan benda-benda macam menari ni. Masa tu, aku dan kawan-kawan yang lain aktif dalam persatuan pelajar Islam jadi bab-bab tarian, aku tak ambil peduli sangat. Tapi kalau nasyid tu lain cerita lah kan. hehe. Since I came here, a lot of things changed in my life. Nak tak nak buat je lah. Kena terima hakikat yang persekitaran dah banyak berbeza sekarang.

Terima kasih buat adik junior yang telah memanfaatkan kamera aku malam tadi.
Semua kena pakai kain batik,pelikat semua tu..hehe..

Malam tadi,sempat juga bersua wajah dengan naqibah untuk usrah tahun ni, Kak Yani which is one of the Otago seniors. hehe. Sempat bertegur sapa dengan dia sebab masa tu semua dah nak balik. Hey, good news. Tugas sebagai ahli Lajnah Tarbiah dan bermula. Syukur dapat ketua yang soft spoken. Syukur dapat bergaul dengan senior-senior yang berpengalaman. Tugas akan datang ialah untuk menjadi imam solat witir untuk qiamullail muslimah. Aku segan sebenarnya sebab aku tak pernah. Kalau berimamkan orang lain tu selalu lah. Kalau setakat solat biasa tu aku confident la juga sebab pernah buat. Tak apalah. Belum cuba belum tahu. hehe. 

Encik Fudhail dah sampai Melaka. Alhamdulillah. Tapi dia balik untuk dua hari je. Lepas ni kena balik Mesir sebab kalau tak silap, cuti dia dah nak habis. Ohho. Cinta antara benua memang macam ni ke? =.=' haha Jenazah mak kepada member dia tu pun dah selamat dikebumikan. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN. 

sadaqallahulazim

4 comments:

  1. ok aper jdi imam...belajar lah..bukan senang nk dpt peluang..hihi

    ReplyDelete
  2. dalca : hoho..tu la pasal..sy segan sbnrnya...hehe

    ReplyDelete
  3. x pelah bila lagi nk timba pngalaman...x begitu??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...