02 March 2012

2 Mac [Kisahku]

Bismillah.

As usual,my weekdays are my hectic days..haha..aku penat sebenarnya..tak ada masa rehat..pagi petang packed..malam je free tu pun tak free mana..kadang-kadang ada aktiviti di masjid..sepatutnya every night tapi biasalah..kadang-kadang tak dapat nak menghadirkan diri..rugi juga rasa sebab majlis-majlis perkongsian ilmu ni berguna..banyak sangat 'disturbances' sampai jejakkan kaki ke masjid maghrib isyak pun susah..teruk kan?tak apalah..ada kelapangan aku akan pergi lagi selagi bukan uzur syarie.InsyaALLAH.

Hari ni tak ada kelas petang.ALHAMDULILLAH.Tapi kena temankan kawan pergi klinik. Cuma tadi agak lucu sebenarnya.Tengah-tengah syok tunggu kawan kat luar bilik doktor,tak sampai 10 minit kot, dia keluar balik. Sengih-sengih,gelak-gelak.Kawan yang seorang lagi tu,yang join masuk sebab nak temankan dia pun sengih-sengih lepas tu gelak-gelak. Aku dengan kawan yang seorang lagi rasa pelik lah kan.

Aku : Aik,kejapnya?
Flora : Doktor tu cakap saya tak sabar-sabar.
Zaza : Ya..ya..hahaha
Athirah : Kenapa? (muka pelik)
Flora : Dia cakap,saya demam tak sampai seminggu pun tapi dah sibuk pergi check..


Sumber : Google

hahaha..tapi betul juga sebab baru hari ni dia mengadu dia tak sedap badan..doktor tu baya ayah aku kot..lucu pulak kalau ingat balik..tapi doktor tu ada bagi ubat lah..kawan aku ni kepoh sikit..nak kata lurus tu tak juga..senang kena 'tipu'..semalam dia tertinggal handphone dekat kelas..nasib baik aku and some of my friends tak balik lagi masa tu..aku ambik handphone dia,simpan dalam beg..masa on the way balik tu,terserempak dengan dia..dia tanya lah, "ada nampak handphone saya tak?" semua jawab tak..buat muka innocent,muka tak bersalah..haha..saja nak kenakan..dia nangis kot..tapi bila ingat balik,rasa nak tergelak..aku kalau bab usik-usik,buli-buli,kutuk-kutuk manja gitu memang nombor satu..haha..sorry Flora..I share about you on my blog..best kawan dengan dia :)

And today, I got 2 calls from my mom and my aunt..Terkejut juga sebab mak call dalam pukul 6 macam tu..Rupa-rupanya nak bagitau yang ayah bank in duit..hehe..rezeki aku lah kan..tak sabar rasanya tunggu saat aku yang bagi duit kat mak dengan ayah..ya ALLAH, permudahkan segala urusan kami.AMIN. Tadi, my aunt called me. Tanya khabar. Aku sayang makcik aku merangkap adik ayah aku ni sebab memang rapat,memang sekepala.Walaupun pada hakikatnya umur aku 20, umur dia dah nak masuk 54.Percaya tak? hehe.Semalam,aku ingatkan aku orang pertama yang text ayah ucap birthday,rupa-rupanya budak dua orang lagi tu lagi awal dari aku..arghhh..hehe..kalah pula..bila ayah reply mesej aku,sebak sangat-sangat..sayang ayah..aku tak sedar pun air mata aku mengalir dalam kelas Child Development..nasib baik pandai cover..hehe..Encik Fudhail naik flight urgent balik Malaysia malam ni sebab kena temankan member dia balik Melaka.Mak member dia tu meninggal.Innalillahiwainnalillahirojiun.Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Semoga dia dan kawan dia tu selamat sampai ke bumi Malaysia malam ni.AMIN.

macam-macam yang jadi dalam masa sehari kan?It's just how life is.

sadaqallahulazim.

5 comments:

  1. inalillahiwainnailaihirojion...moga rohnya bersama org yg disygi ALLAH

    ReplyDelete
  2. cikgu hakim : usik2 tanda syg..hehe
    dalca : AMIN..my deepest condolence to him

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...