22 February 2012

[Watikah Hati] Andai kata awak bakal zauj saya,bacalah.

Bismillah.

Coretan hati kali ini, bukanlah suatu coretan 'copy and paste' dari mana-mana laman di alam maya. Coretan ini terhasil mengikut rentak jari.Terhasil bagaikan tiada arah tuju tapi segalanya terluah dari hati berbekalkan minda kurniaan Ilahi.

Siapa bakal peneman hidup?entah..aku pun tak tahu.manusia memang bijak merancang tapi segalanya ditentukan oleh DIA,Allah Azzawajalla.Bercinta bagai nak rak sekalipun,suka sayang rindu tak guna juga kalau Allah dah tentukan yang terbaik betul tak?Let me start.

Buat awak wahai bakal zauj saya,

Saya gadis yang banyak kurangnya.Lumrah manusia biasa.Cacat cela perkara biasa.Hadirnya awak suatu hari nanti sebagai pelengkap diri yang serba kekurangan. Bukan kesempurnaan yang saya cari dalam diri awak tapi cukuplah sekadar awak mampu melengkapkan hidup saya. Orang kata hidup kita kena saling melengkapi,tak gitu? 

Bukan Imam Muda,bukan ustaz,bukan cerdik pandai agama yang saya cari.Tapi cukuplah jika awak punya ilmu agar dapat awak bimbing saya ke jalan yang diredhai.Lagipun, saya tak mampu nak jadi ustazah pilihan. Saya hanya insan kerdil di sisi Allah. 


Kadang-kadang,saya boleh jadi baik.Kadang-kadang,saya pun buat jahat. Awak boleh kan tegur kesalahan saya?Saya harap awak boleh sabar dengan karenah saya yang kadang-kadang gila-gila. Saya harap awak boleh tahan dengan perangai saya yang memang suka bercakap. Al-maklumlah, bakal cikgu bahasa kena pandai bermain dengan kata-kata.Rasanya lah.hehe


Sumber : Google


Awak,saya ni anak emak.Saya ni anak ayah.Senang cakap,saya ni anak manja.Saya sayang mak ayah saya. Saya sayang adik-adik saya.Sayang keluarga saya kalau awak sayang saya.Usrati wajannati, tak gitu? Saya rasa awak boleh buat kan?


Awak,ikhlas tu penting.Jangan pilih saya kerana wajah saya.Jangan pilih saya kerana kecantikan tubuh badan saya.Jangan pilih saya kerana jenama pakaian saya.Jangan pilih saya kerana alat kosmetik yang tercalit di wajah saya.Jangan pilih saya kerana lenggok tubuh dan suara manja saya.Jangan pilih saya kerana lahiriah saya semata-mata.


Tapi saya harap,awak pilihlah saya kerana harta halal kurniaan Allah untuk saya.Pilihlah saya kerana keturunan saya.Pilihlah saya kerana kecantikan budi dan akhlak saya.Pilihlah saya kerana agama yang ada dalam diri saya.Pilihlah saya atas sifat-sifat mahmudah yang ada dalam diri saya. Tapi satu perkara yang saya nak awak tahu.Tak ada sesiapa yang sempurna atas dunia ni.


Buat awak bakal zauj saya,


Kalau orang tanya saya, siapa bakal zauj saya, saya tak mampu nak balas pertanyaan mereka. Hanya ALLAH SWT yang tahu awak siapa. Hanya Allah yang tahu awak adalah yang terbaik untuk saya. Andai suatu hari nanti, Allah SWT temukan kita, awak kena bersedia bimbing saya. InsyaAllah saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak.


Salam sayang,
Bakal zaujah awak.


p/s : People usually wrote, 'letter to my future husband/wife'. I just want to try something different 'cause I never did this. erm, no. Only once I think. It is only when the whole class we're forced to write the letters by the lecturer during my foundation year. So called 'forced'. hehe. You can call me jiwang or hati bunga or dalam hati ada taman. I don't mind. This is just my second try in writing something like this. Better try than never am I right? hehe. Actually, I dig up everything in order to come up with this entry. A bit awkward actually but yippie! My love note is done. hehe. Aku rasa Encik Fudhail kena baca entry ni Orang sibuk dengan trip lah katakan. Phewww~ =.=' okay, end of writing.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...