05 February 2012

Terlambat 2 minit.Antara suka dan duka.

Bismillah.

Pertama sekali,aku ingin memohon maaf sebab kali ini aku nak berkongsi rasa hati.Maaf sangat-sangat. Setelah selesai majlis di TAZA,makan tengah hari dan sebagainya,aku dan dua orang sahabat lagi segera pulang ke asrama. Niat hati hendak basuh baju memandangkan hari nampak cerah. 

Dalam entri ini, aku pernah kongsi mengenai hasrat hati yang hendak menyertai BADAR. Alhamdulillah, melalui seorang sahabat(juga salah seorang ahli BADAR), hasrat itu bakal tertunai. Itu pun di atas keizinan ALLAH SWT. Kata sahabat, Lajnah Dakwah & Tarbiyyah kekurangan ahli, jadi elok kalau aku isi kekosongan yang ada. Gembira juga sebab dapat sokongan. Dah lama juga aku pendam. InsyaAllah, kalau tak ada aral yang melintang, kalau dapat persetujuan dari ketua lajnah tersebut,tak lama lagi bolehlah turut serta.Rasanya niat hendak menyertai BADAR adalah salah satu tugas sebagai da'ie kan? InsyaAllah.Doakan ye :)

Hidup ada macam-macam warna
Sumber : Google

Berita gembira.Beralih pula kepada sesuatu yang agak mengecewakan di 12 Rabiulawal.Lepas azan zohor, aku pergi sidai baju. Sempat seorang sahabat bertanya sambil memandang langit, "erma,kamu rasa hari hujan ka nanti?" Loghat Sabah yang agak ketara. Aku dengan senang hati menjawab, "tak kot. cerah jak ni,". Kemudian, sahabat berlalu pergi. Tanggungjawab sebagai seorang Muslimah harus ditunaikan dengan segera. Letak baldi di tepi, ambil wuduk. Lepas selesai je ambik wuduk, balik bilik. Tombol pintu dipulas. Kosong. Room-mates belum balik. Kebiasaannya, aku memang akan belek handphone. Jadi,belek aje lah. Eh, ada 2 missed calls? Siapa pula ni? Tekan butang, tertera nama KHAIRIL ADAM. Aku call balik, off. Mungkin line tak ok. Cuba sedapkan hati. Call lagi, benda yang sama. Relaks relaks. Solat dulu. Banyak kali call, tetap voicemail. Pilu hati. Dah masuk empat hari tak ada khabar. Orang tu belum beli handphone baru sebab terlalu sibuk di universiti. Sibuk sangat. Huhu. Bila aku tengok jam, dia call dalam pukul 1.39. Aku sampai bilik dalam pukul 1.41. Terlambat 2 minit. Pilu. Rindu. Huhu. Betullah. Masa itu emas. No doubt. Lepas tu, aku terus hilang mood. Call banyak kali pun tak guna sebab dia dah off balik. Rasanya dia dapat belas ihsan teman sekuliah kot. Handphone sementara. Tak ada orang jawab, terus off la kot. Terlambat 2 minit? Ye. Dua minit SAHAJA.

Jujurlah,banyak yang berubah.Aku dah jarang berkongsi cerita dengan si dia semenjak masuk semester baru.Tak macam dulu.Orang cakap suka duka dikongsi bersama.(kelakar pulak ayat ni) Dua-dua sibuk.Nak berhubung pun jarang,tak sekerap dulu.Kadang-kadang aku faham,kadang-kadang aku cuba faham.Tapi kadang-kadang,hati perempuan aku ni tak boleh nak tahan.Emosi yang tak stabil buatkan aku jadi seorang yang tak memahami. Maaf  ye sayang. Tunggu je lah. Tunggu lagi dan lagi. Semoga diberkati ALLAH SWT.

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...