05 February 2012

Salam Maulidurrasul 1433H

Bismillah.

Coretan ringkas di 12 Rabiulawal 1433. Bila aku congak punya congak, dah 1380 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita. Tahun ni tak ada perarakan di peringkat kampus. Tapi digantikan dengan perhimpunan khas yang dihadiri  oleh para muslim dan muslimah. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Tadi, terserempak dengan seorang akhi(senior) di zaman sekolah. Akhi Azizul. Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan yang buat persembahan nasyid. Persembahan mantap penuh qasidah. Nama kumpulan aku tak pasti apa. Panjang, susah nak ingat. Hehe Tak sangka pula boleh berjumpa. Tak sempat nak berbual. Sekadar melihat dari jauh. Lagipun, semua lelaki. Segan nak tegur depan-depan. Cukuplah sekadar mesej pengganti diri. Alhamdulillah, aku masih hormat dia sebagai seorang yang pernah menjadi ketua.

Sedikit gambar yang hendak dikongsi.Maaflah.View dari belakang.Kedudukan yang kurang strategik.

Persembahan Marhaban & Berzanji dari akhi-akhi J-QAF


warga dewan

persembahan sajak

kumpulan yang dianggotai oleh akhi Azizul


Mutiara hadis yang aku nak kongsikan(dipetik dari brosur yang diagih di auditorium)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"

Selawat dan dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

sadaqallahulazim.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...