04 February 2012

Sahabat.

Bismillah.

Hari Sabtu,hari cutiku.Tapi hari ni,satu kelas buat trip Chinese New Year ke rumah pensyarah merangkap tutor. Seronok lagi-lagi bab tangkap gambar sebagai kenangan. Tapi, diri yang masih dalam tanggungan ibu bapa ni belum mampu beli kamera DSLR.Digital Camera Sony pun dah memadai rasanya. Hehe.

Trip hari ni pergi satu rumah je pun. Lepas selesai satu rumah, semua merayau pergi tempat lain. Ada yang tengok wayang, ada yang nak beli itu, beli ini, ada yang nak bank-in duit. Semua ada agenda sendiri. Entry aku bukan pasal trip ke rumah pensyarah tapi pasal kawan-kawan yang ada di sekeliling aku. Aku bersyukur kepada Allah SWT sebab ditemukan dengan orang-orang yang sangat memahami antara satu sama lain. Tak kisah lah apa bangsa, apa agama kami. Tapi, jujur aku cakap, aku sangat sayang dengan kelas ni. Kawan aku berbilang bangsa berlainan agama. Semua faham batas-batas yang perli dijaga. Satu je, alhamdulillah.

Sumber : Google

Teringat hal beberapa hari lepas. Hal seorang sahabat yang sensitif. Terasa bila gurau-gurau. Hehe. Perkara biasa dalam sesebuah ikatan persahabatan. Aku pun tak terlepas dari semua tu. Pernah ada pengalaman macam tu. Bila difikirkan balik,kita memang cepat terasa hati dengan orang yang kita rapat.Kadang-kadang,kita cepat sangat tersentuh.Tapi benda tu tak lama mana.Bila dah bincang elok-elok,bila dah betulkan mana yang patut dibetulkan,bila dah tegur-menegur,okay je lah.Pelik kan kita dengan sahabat kita? Kalau aku, jujurlah, aku takut nak tegur orang yang aku rapat. Takut sangat orang yang aku tegur tu terasa. Persepsi aku mungkin salah tapi aku memang takut. Huhu

Bila dah rapat,ada masalah,senang je nak kongsi. Sekurang-kurangnya,kita tak terbeban sangat dengan masalah tu. Aku tak boleh simpan masalah aku sorang-sorang.Tak kisah lah apa yang jadi. Mulut aku ringan nak kongsi. Kalau aku pendam, aku rasa aku boleh jadi gila. Hargailah sahabat-sahabat yang ada di sekeliling kita. Sahabat merupakan 'keluarga' terdekat bila diri berjauhan dari keluarga sebenar. Ya Allah, kau berkatilah sahabat-sahabat aku.Amin.Hehe :)

sadaqallahulazim.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...