11 February 2012

Life as a teacher trainee and life as a girl named Erma

Bismillah.

Dah dua hari aku tak update blog.Maaf.Tuntutan tugas sebagai seorang pelajar membatalkan niat aku untuk merapu di sini. Hari ni, hari Sabtu, 11 Februari 2012 bersamaan 18 Rabiulawal 1433H, terhasil lah satu entry di mana niat si penulis adalah untuk berkongsi cerita yang tak seberapa.Sebenarnya, tangan hendak menaip esei subjek TITAS a.k.a Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tugasan yang bakal dihantar pada hari Isnin. FYI, sometimes, it is not easy to arrange words in order to form sentences. BUT BUT.. when you have something in your mind, you will be able to. Perkara biasa bagi mereka yang suka menulis, macam aku ke? Ye kot. 

Semalam, baru sahaja selesai satu majlis khas buat mantan timbalan pengarah IPG ku yang tercinta. Perpisahan itu adat manusia. Orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan. Sedih juga kerana berpisah dengan seorang pendidik yang cukup berkaliber dalam bidang beliau. Seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya. Seorang timbalan pengarah yang sangat dihormati oleh para guru pelatih dan seorang insan yang sangat peramah bila berhadapan dengan kumpulan manusia yang lain. Personally, aku cukup hormat kepada beliau. Tapi tak mengapalah. Patah tumbuh hilang berganti, tak gitu? Selesai sahaja majlis, seorang sahabat mengajak makan di suatu tempat yang berhampiran. Tak usah disebut nama tempat. Yang penting bukan kafeteria IPG. hehe. Biasalah kan bila jam dah masuk pukul 12. Perut mula mendendangkan irama lagu yang sukar ditafsir oleh minda. muahaha. lapar la namanya. Jadi, aku dan sahabat-sahabat yang lain pun beramai-ramai 'berhirah' ke tempat tersebut. Bila dah sampai, kami pun order lah macam biasa. Tengah syok-syok order..lapar kan,

Kakak(yang ambik order) : ok...awak tadi nasi goreng tutt tutt..kalau lambat jangan marah pulak

Ting tong~ Pelik sedikit dengan kenyataan beliau. Kalau nak berniaga buatlah cara berniaga. Sebagai pelanggan, aku cukup tak suka bila tuan punya kedai mengeluarkan statement statement seperti yang dinyatakan di atas. hoho. Masa tu, bukan aku seorang sahaja tapi bertujuh rasanya. Rakan-rakan yang lain buat tak tahu mungkin sebab dah lapar sangat. Tapi aku? Panas hati sedikit. Kalau nak pastikan orang suka datang tempat kita, layan lah elok-elok. Ini tak. Ada ke patut? Tak patut tak patut. Kuantiti tu memang lah penting bagi orang yang berniaga tapi kalau kuantiti sahaja yang melebih tapi kualiti tak ada, rasanya tak guna juga. Nasib aku tak balas apa-apa. Diam itu lebih baik.

Ini tanda lapar..haha..alhamdulillah.

Geram tu geram juga tapi perut perlu diisi.Biarlah dia.Someday, she will learn something. Mungkin dari orang lain. Budi bahasa budaya kita, tak gitu? hehe. Another thing is my novel. MasyaAllah. Usaha menghasilkan karya pertama terpaksa ditangguhkan buat seketika. Nak sambung novel? Tidur malam pun selalu tak cukup. Mata dah lebam macam panda. Kawan cakap, "awak belilah timun. Tempek dekat mata sebelum tidur". Alahai. Nak jumpa timun pun payah. haha. Aku tak mampu sebab sekarang ni tugasan-tugasan a.k.a assignment dah menggunung. Perlu disiapkan dengan segera. Hantar satu, datang lagi satu. Kehidupan pelajar, rasanya semua dah sedia maklum macam mana. Lagi-lagi tahun pertama di alam degree. Ingatkan nak siapkan dalam masa tiga bulan tapi nampaknya kena postpone. huhu. Sedikit kecewa tapi tak apa. Ada kemahuan, semua boleh jalan. Hehe. Sahabat di zaman sekolah ada juga bertanya mengenai perkembangan novel aku, jawapan yang sama diberikan. Tangguh untuk seketika. Maaf ye geng.

Okay.Life as a teacher trainee?That's it. The next part is life as a girl named Erma Nazillah. Aku rindu rumah. Rasanya tak sabar-sabar nak balik. Rasanya, aku ni lah anak mak anak ayah yang selalu bergayut. Macam-macam cerita yang aku kongsi dengan mak. Kalau tak ada aku adakan juga. muahahaha. Dari zaman sekolah memang macam tu. Selang sehari atau dua hari aku akan call. Sampai sekarang, tak banyak beza. Masih ERMA NAZILLAH yang dulu. Kalau aku rindu si kecik a.k.a anak buah di rumah, aku akan minta mak pass handphone pergi si Ikram. pelat budak umur dua tahun. Dia faham tak faham aku tak kisah. Macam-macam benda yang aku tanya. Kadang-kadang dia jadi mesin fotostat sebab copy apa yang orang sebelah cakap. hehe. rindu lah. 

Si dia? Hailaa. Tahan lah wahai hati. Sumpah aku tak biasa bila tak boleh nak contact. Terpaksa tunggu sampai berhari-hari baru boleh. Tak seronok? MEMANG! Kena tunggu sampai dia betul-betul free. Kena tunggu sampai dia ada handphone sendiri. Kalau dia ada di Malaysia mungkin tak ada masalah sangat macam sekarang ni. Kawan di Al-Azhar si doktor gigi sibuk bertanya, "Ma,siapa dia,siapa dia? kenapa aku tak kenal?" Tak kenal lagi bagus. Nanti habis kau buka cerita zaman sekolah bila kau kenal dia.  Jatuh lah pride aku. haha. Lagipun kat sana student dari Malaysia beribu kot. Malas nak cerita lebih-lebih. Datuk Siti cakap, biarlah rahsia. Rindu? Perkara biasa bagi orang yang tengah jiwang-jiwang ni. Alahai awak. Tak apa lah. Sabar je. Macam lah aku tak sibuk. Tidur pun tak cukup. Hem. Memahami itu sangat penting..kan kan? huhu.

Dah lah. Nak sambung assignment. Aku tak nak tidur lewat lagi. Pening.

sadaqallahulazim.



5 comments:

  1. sabar jela.. kite pun byk assignment jgk..hihi.. :)

    ReplyDelete
  2. samalah...bersabar byak2 ya...kehidupan sebagai seorang pelajar sudah lumrahnya begitu, tak lari dari assignment...hehe...samalah kita...:)))

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  3. syahril : huhu..aah..sabar..blog jd tmpt berkongsi cerita je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...