17 February 2012

Kahwin- "Kenapa pilih yang haram?Yang halal kan ada?"(VIDEO)

Bismillah.

Bersempena dengan sambutan hari Valentine 14 Februari lepas, aku nak share satu video yang menarik ni. Nampak comel sangat mereka-mereka yang ada dalam video ni.Hehe. Terlambat dari tarikh sebenar tak apa tapi perkongsian tu lagi penting. 



Teringat pulak bila sebut pasal Valentine ni.Macam-macam yang aku baca dari Internet.Tak tahu mana satu yang sahih.Tapi selama aku hidup, tak pernah pun sambut.Memandangkan aku hidup di kalangan mereka yang menganut agama Kristian, jadi aku hormat dengan kepercayaan diorang. Aku tak kisah kalau diorang nak sambut ke apa cuma aku je yang tak sambut sebab banyak sumber yang boleh dipercayai mengatakan sambutan ni haram disambut oleh orang Islam.Hari tu,seorang teman bukan Muslim bertanya,

"Eh Erma. Any gift sent from Egypt?"

Blur sebenarnya sebab tiba-tiba dia tanya.

"What gift?"

"Dr.K bahh..hehe" 

Baru aku faham.Tergelak lepas tu tersenyum. Even we're TESLians, we still use Manglish. But it's out of the classroom. Kalau dalam kelas, habis lah kena dengan lecturer. Hehe.

"Owh..Haha..Sorry,I don't celebrate Valentine.It's because of my own belief but it's okay for me if you want to celebrate it.I just don't celebrate it. I think you will understand.When it comes to things like religion and beliefs, it's better if I do nothing on this date. It's just like ordinary day to me.Nothing special,"


Sumber : Google

Walaupun sebenarnya sahabat karib aku sambut ulangtahun yang ke-20 pada tarikh tersebut.Hehe.Bukan seorang tapi tiga.Eh,plus kawan zaman sekolah seorang,jadi empat lah.

"Owh, ya ya. I know about that. Sorry sorry."

"Never mind,Ken.hehe. It's not a big deal."

Walaupun tak sebangsa tak seagama, aku dengan rakan-rakan yang lain boleh jadi rapat. Alhamdulillah lah juga sebab boleh get along.Kehidupan sebagai seorang pelajar,bergaul dengan orang yang berbilang bangsa, isu-isu sensitif kalau boleh jangan ditimbulkan kalau kita tak ada ilmu. Bagi aku, kalau itu yang menjadi kepercayaan diorang, beri peluang kepada diorang buat apa yang diorang percaya. Kita sebagai satu kumpulan manusia yang tidak mengamalkannya, kena tahu batas-batas yang kita jaga supaya tak melanggar hukum syarak. Prinsip aku tu je :)

p/s : lepas tengok video ni ada rasa something tak? haha :P

sadaqallahulazim.

2 comments:

  1. hehe...alangkah bahagianya kalo MALAYSIA semua yg berdating Halal begini...

    ReplyDelete
  2. tu lah psl..klu cmni kan,xde kot kes zina,hamil anak luar nikah ke ape..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...