26 February 2012

Hidup berdikari di asrama :P

Bismillah.

Asalnya,aku adalah seorang manusia yang sangat cerewet bab makan.Ulam tak pandai,belacan lagilah tak pandai. Kat Sarawak ni ada macam-macam.Lebih-lebih lagi, orang-orang Melayu dan Melanau di Sarawak. Macam-macam ada. A pure Sarawakian yet I can't even take some of the food. Orang kata durian tu sedapppp tapi aku adalah seorang manusia yang tak suka makan durian. I don't mind about the smell but I don't like to eat it. Kalau kau bagi seulas sekali pun, alamatnya sampai esok pun tak habis.

Hampir sedekad juga aku hidup di asrama. Sejak zaman sekolah lagi. Yang aku tahu, ada sejenis makanan yang tak boleh nak tolak kalau kita hidup di asrama. Maggi atau Mee Sedap ke apa plus Milo 3 in 1..Haha. Siapa cakap aku suka makan megi? Tak suka tak suka. Bau megi kari  boleh buat aku loya. Mee sedap aku boleh terima tapi makan pun bila lapar je. Kadang-kadang beli kadang-kadang tak. hehe.Tapi itulah lumrah hidup pelajar asrama. Memang takkan lari daripada benda-benda macam ni.hehe


Betul tak betul, tanya diri sendiri, "aku makan megi dengan milo ke dulu?" hehe.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...