13 January 2012

[VIDEO] Suatu bunyi dari langit - tanda kiamat?

Bismillah.

Malam ni, aku banyak berehat sambil online. Penat sangat. Dah tiga hari rasanya kelas sampai pukul 4 petang. Paling teruk bila aku solat asar dekat-dekat pukul 6 sebab tertidur lepas balik dari kelas. Alahai. Teruk betul kan anak dara zaman sekarang? Teruk betul kan pemuda-pemudi zaman sekarang? Penat sampai solat dipandang remeh. Itu salah aku. Aku akui. Kadang-kadang, kita, manusia biasa ni, pandang remeh bila bab solat. Kita tahu apa hukum semua tu, tapi kadang-kadang kita sambil lewa, lupa dan sebagainya. Semoga Allah mengampuni dosa kita. Amin.


Aku ada sesuatu yang nak dikongsikan dekat sini. Suatu video yang sahabat aku kongsi di laman Facebook. Tak tahu lah apa sebenarnya bunyi yang terhasil dalam video ni. Aku ni bukan ahli sains, pengkaji atau sebagainya. Aku cuma orang biasa yang masih belajar tentang bahasa, yang masih cetek pengetahuan dalam bidang agama. Bagi orang yang mahir dalam teori-teori yang berkaitan dengan sains, dia mungkin cakap bunyi dalam video ni adalah fenomena alam semata-mata. Mungkin sesuatu yang ada di angkasa lepas..kita tak tahu kan? Tapi sejujurnya, bila aku baca post sahabat aku pasal video ni, bila aku buka laman Youtube, aku baca komen-komen kat bawah tu, aku dengar sendiri bunyi dia, tak ada benda lain yang aku fikir. Entah lah. Tiba-tiba aku teringat salah satu perkara yang ada dalam enam Rukun Iman. Beriman pada hari kiamat. Yaumul Akhir. Bila sebut pasal ni, diri yang kerdil ni berasa gerun. Tiba-tiba, bulu roma menegak. Entahlah. Aku takut. Aku rasa siapa-siapa pun akan takut. Aku teringat tanda-tanda hari kiamat. Aku rasa, korang mesti tahu kan kemunculan Ya'juj dan Ma'juj suatu hari nanti? Nauzubillah. Rasa seram kalau aku fikir hal yang satu tu. Tapi,kita tak tahu apa sebenarnya bunyi dalam video ni. 

Video ni diambil pada 10 Januari 2012, malam dan berlaku di Denmark. Pada malam yang sama, kakak kepada sahabat aku dengar bunyi yang sama dalam pukul 3 pagi. Wallahualam. Kita tak tahu apa sebenarnya bunyi tu. Hanya Allah SWT yang tahu.

p/s : tadi lepas baca komen-komen member,roommate aku sedap-sedap je tidur. Aku plak sorang-sorang dok kat katil. kebetulan ada bunyi dari luar. dah takut dah tapi rupa-rupanya bunyi kapal terbang.Airasia ke MAS aku tak tahu lah. wahahaha. takut -.-* lupa pulak yang kawasan kampus ni boleh tahan dekat dengan airport Kuching. hoho

2 comments:

  1. setuju dgn kamu..org2 sains mmg kata fenomena ni biasa je..mungkin sebab diorng nak sembunyikan..sebab 'diorg' yg berusaha tolong 'benda tu' dtng..skang bunyi pelik..sink hole..mcm2 lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kadang2 sains mengatasi agama tapi bagi saya,sains biarlah berlandaskan agama..lagi cantik ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...