29 January 2012

Rindu.Aku punya definisiku sendiri.

Bismillah.

Hari terakhir cuti sempena Tahun Baru Cina 2012.Pejam celik pejam celik, dah seminggu berlalu. Maknanya dah sembilan hari dia yang jauh di bumi Mesir sunyi tanpa khabar berita. Tak mengapalah. Asalkan dia bahagia walaupun orang di sini dah tak ceria. Tak mengapa. Tak apa. Tak mengapa. Tak apa. Apa-apa je lah. Hidup mesti diteruskan. Takkan lah setakat seminggu, dah tak boleh nak bernafas sebab rindu? Itu gila namanya. Mungkin bodoh? Tak ada siapa yang tahu. Biarlah. Masih banyak agenda yang nak diselesaikan. Rasanya diri ni tak menang tangan. Kadang-kadang,rasa macam nak belah badan jadi dua. Ting tong. Apa-apa je lah!

Tajuk entry mengenai RINDU. Maaf. Aku bukan nak berjiwang ke apa. Tapi, ada makna disebalik yang nak dirungkaikan. Orang cakap, 'FIRST IMPRESSION IS IMPORTANT'. Indeed. So true. Very true. Aku rindu. Ya. Sangat rindu. Aku rindu nak berdamping dengan orang-orang agama. Orang yang faham agama dari sudut yang betul dan tepat. Jujur aku katakan, kadang-kadang, (maksud aku hidup aku sekarang ni), aku lalai. Kadang-kadang, aku sedar. Kadang-kadang, aku lupa. Entah. Bertudung, berserban, berketayap ke apa, tak bermakna seseorang tu dah cukup baik di sisi Allah. Orang lain mungkin boleh cakap, "elok je budak tu.bertudung.".. "anak si fulan bin si fulan tu bagus sangat..bla bla bla"..Tepuk dada tanya iman. Dah cukup ke bekalan di dada menuju hari akhirat? Kenapa eh tiba-tiba aku cakap pasal ni? Teringat perbualan dengan seorang adik junior masa aku tengah syok-syok basuh baju pagi tadi. Almaklumlah, cuaca bumi Kuching ni UNPREDICTABLE. Pagi cerah, petang hujan. Ambil kesempatan yang ada dengan membasuh baju. Hehe. 


There's a missing piece.It's there but there's still a barrier.
Source : Google

Aku : Nera, kamu ahli BADAR kan?

Nera : Ya, kak. Kenapa?

Aku : Owh..Eloklah..Biro apa?Maksud kakak,lajnah apa?

Nera : Tarbiah kak..

Aku : Owh..Kak Sumi BADAR kan?Lajnah apa?

Nera : Sama kak. Dia S/U kami..Ketua si Hamzah. (loghat Sabah yang sukar dihapuskan.biarlah.dah memang anak jati Sabah)

Aku : Owh..kenal kenal..kak sebenarnya ada niat nak join BADAR..dulu masa sekolah, kakak AJK juga...n bla bla bla..

Nera : iya?join lah bah kak.sekarang ni ada dalam seratus lebih ahli..si kakak itu kakak ini abang itu abang ini ahli BADAR..n bla bla bla

And so on. Aku rindu zaman sekolah sebenarnya. Jujur, aku seronok bekerja,berkhidmat,mencurah bakti dalam Persatuan Pelajar Islam. Mungkin,dah memang cara aku. Suka tegur menegur. Kadang-kadang, aku pun ada buat salah. Perkara biasa. Kadang-kadang, aku ni keras kepala. Hehe. Niat di hati memang nak turut serta. tapi banyak faktor yang masih menghalang niat aku. Satu, aku takut aku tak cukup komited. Dua, keyakinan diri masih belum cukup. Tiga, aku segan. Ish, banyak betul halangan kan? Entahlah. Banyak benda yang aku fikirkan. Kadang-kadang rasa macam tak layak. Huhuhu. Tapi bila tengok muka ustazah, rasa nak turut serta tu kembali datang dalam lubuk hati. Huhuhu. 

Sekadar berkongsi rasa sambil mencari maklumat untuk tugasan LINGUISTICS. Perut dah lapar. Azan Zohor dah berkumandang. Seruan ALLAH harus disambut dengan segera. Coretan hati tamat di sini.

sadaqallahulazim.

2 comments:

  1. assalamualaikum...siyes..kmk pn rndu aie ngn ppi tyme skool..huhu..rndu ngn suma aktiviti2 malam keagamaan, 1hr bsma ppi,nadwah, bulan posa...terbaeeekkkk..hehehe...makan dalam talam..asal atam kicap n sayur bayam mesti licin talam..hurmm.......ya ALLAH rindu...hmmm~

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam..hehe..yalah kak fizah..kmk rindu gilak2..byk benda yg kmk nk perbaiki mun bleh tp hal dh lepas...gne nk molah..memories will never fade away :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...