12 January 2012

MUET - alhamdulillah

Bismillah.

Hari ni, 12 Januari 2012. Tarikh di mana keputusan MUET Akhir Tahun 2011 diumumkan. Aku bersyukur sebab aku dapat apa yang aku nak. Mula-mula tu, memang aku tak yakin langsung. Sikit pun tak. Aku rasa, keyakinan aku untuk dapat band yang lebih baik kali ni tipis sangat-sangat. Mungkin untuk 2 kertas iaitu Speaking dan Listening aku confident la sikit. Tapi yang dua lagi tu, entah. Huhu.

Adik aku pun ambik MUET.Alhamdulillah.Band dia ok. Aku tumpang bangga dan gembira. Dia jenis yang cool je kalau bab exam ke apa. Hehe. Apa-apa pun tahniah juga buat dia. Cuma, aku agak sedih bila tengok ada kawan-kawan yang tak happy lepas dapat keputusan MUET. Ada yang tak ambik MUET tu, bila dapat tahu je kita dapat band berapa, diorang sibuk la juga ucap tahniah semua tu. Entahlah. Walaupun aku gembira sebab aku dapat apa yang aku nak, aku rasa sedih juga bila ada kawan-kawan yang nampak kecewa, sedih, macam hilang semangat. Ada yang cakap malu sebab band tak sampai 4. Aku tak boleh nak salahkan diorang kalau diorang rasa macam tu. Tapi, entah kenapa aku rasa sedih. Entahlah. Maybe sebab aku rapat dengan diorang. Nak kata aku bagus sangat tu tak lah. Mungkin kali ni, nasib agak baik berbanding yang sebelum ni. 

rasanya kalau aku work harder on writing dengan cek betul-betul bahagian listening tu, mungkin boleh dapat markah yang lebih baik.apa-apa pun, alhamdulillah.

p/s : apa-apa yang aku kongsi di blog ni bukan sebab nak show off ke apa.sekadar bercerita tentang pengalaman diri yang tak seberapa. kadang-kadang, pengalaman kita mungkin tak sehebat pengalaman orang lain.kadang-kadang,pengalaman kita mungkin boleh jadi pengajaran kepada orang lain.

kenapa aku rasa sedih ye?hurm..mungkin sebab hal kawan-kawan kat kelas tadi.

sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. ey,cik suke la org yg kongsi pnglaman dlm blog..at least x copy paste kan..asli :D

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah tahun terakhir degree,ms praktikum nanti,sy amik skali lg..hehe.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...