05 January 2012

Kisahku di 5 Januari

Bismillah.

Mata masih mengantuk tatkala jari-jemariku tekun menaip.Maaf.Bukan sengaja hendak letak ayat berbunga tapi sekadar memanfaatkan bahasa kebangsaan kita. Hehehe. Bersastera pulak aku ye. Hari ni, 5 Januari 2012. Hari kedua di semester baru. Apa-apa pun, alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang dekat aku untuk menghirup udara segar di 5 Januari. Segar ke? Wallahualam. Yang aku tahu, pagi tadi, aku bangun dalam keadaan yang sangat sejuk. Mandi pun rasa macam mandi dalam Lautan Atlantik. Ala-ala Titanic. chewah. Kampus banjir. Dah lah dalam keadaan kurang sempurna sekarang ni sebab kampus under construction. Jalan nak pergi auditorium, blok kelas, blok pentadbiran dan sewaktu dengannya memang habislahhhh. Yang aku tahu, pagi tadi, para lecturers dan para pelajar yang tinggal di luar kawasan kampus tak boleh nak drive masuk sebab banjir. That's very serious I guess. hehe. Setakat ni, ni lah pengalaman pertama aku di mana kelas, taklimat semua tu dibatalkan sebab banjir. Fuhhh. Seronok juga sebab aku rasa macam tak cukup tidur. Entah kenapa. mungkin malam tadi aku duduk menghadap laptop lama sangat sampai lupa keadaan diri yang kepenatan dan mengantuk. Patut lah liat je nak bangun pagi tadi. Keh keh keh.


macam aku tapi rasanya belum cukup comel..hehe
sumber : Google

Pagi-pagi lagi Encik Fudhail post something di wall FB. Mungkin dia baru balik rumah ke apa, aku pun tak tahu. Mungkin baru habis revise. Sekarang kat sana dah nak masuk pukul 3 pagi rasanya. adoi. Penat menunggu orang yang tengah sibuk exam ni. Kadang-kadang, susah nak contact. Kadang-kadang aku tidur dia bangun. Dia tidur, aku dah nak pergi kelas. Kadang-kadang aku rasa janggal juga.  Kadang-kadang, dia tanya, "dah makan?". Mungkin soalan lazim bagi pasangan yang tengah 'hangat' bercinta. Ayat tak boleh blah. haha. Tapi, bila aku belek jam, pukul 1 pagi dia tanya dah makan ke belum? =.=' alahai. Ya qalbi, bertahan lah ye. InsyaAllah boleh je.amin.ok, aku rasa kepala aku dah semakin 'tak betul' sebab mengantuk sangat-sangat. Ingatkan nak sambung novel tapi tak boleh nak paksa diri masa ni. 

sadaqallahulazim.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...