17 January 2012

KFC unik di Kuching.Jom singgah!

Bismillah.

Hari ni merupakan hari yang agak memenatkan sebab lepas habis je kelas terus keluar sebab kena cari hadiah untuk pensyarah merangkap warden asrama yang bakal berpindah.Sedihnya.Pensyarah yang mantop mantop semua berhijrah ke tempat lain. Tapi tak apa lah. Patah tumbuh hilang berganti, ye tak? Hehe. Tadi, aku keluar dengan roommates aku. Lunch dekat KFC sebab malas nak pergi tempat lain. Kira tu lah yang terdekat. Faham-faham je lah kalau dah masuk waktu lunch. Matahari tegak atas kepala. 

Nak cerita sikit pasal restoran KFC yang satu ni. Aku rasa korang mungkin dah biasa dengan suatu restoran yang bernama KFC. Dari kecik sampai besar,aku rasa KFC ni dah cukup famous. Cuma, salah satu KFC yang ada di Kuching ni unik berbanding KFC yang lain. Kenapa? Sebab, aku rasa ni lah satu-satunya KFC di negeri kelahiran aku, di mana pekerja-pekerja adalah terdiri daripada orang-orang OKU (orang kurang upaya). Diorang tak boleh bercakap macam kita. Diorang dengar tak dengar, aku tak pasti. Mesti korang terfikir kan. Macam mana nak order kalau diorang tak boleh cakap dan tak boleh dengar apa-apa? Kalau nak order, kita kena tunjuk apa yang kita nak. Spicy or original, you have to point at the menu at the counter. Nak air apa kena tunjuk dekat cashier tu. Lepas tu, aku order lah apa yang aku nak. Tak lama lepas tu, dia bagi aku Snack Plate. Aku ni cerewet sikit bab bahagian-bahagian badan ayam ni. Hehe. Aku tunjuk drumstick dekat pekerja tu, aku geleng kepala lepas tu gerak tangan sikit sebab nak bagitahu dia yang aku nak tukar drumstick tu dengan bahagian yang lain. Aku nak wing! haha. Tak tahu nak explain macam mana. Thank God sebab dia bagi satu list putih lengkap gambar bahagian-bahagian ayam yang ada. Jadi, aku tunjuk lah wing. hehe. Kesian dia.

pekerja yang ada kat sebelah kanan tu cool je.hehe.


Chinese New Year kan tak lama lagi.Hehe


Yang seronoknya dekat KFC untuk pekerja-pekerja OKU ni, cara kerja diorang cepat, kawasan pun bersih, dan tenang je. Tenang sebab diorang tak boleh nak buat bising macam kita bila diorang bekerja kat dapur. Tadi, aku terpandang dua orang pekerja kat situ. Diorang berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Siap senyum-senyum lagi. Bahagia je. Comel sangat. Kadang-kadang aku simpati juga. Sebelum ni pernah juga pergi tempat tu cuma belum pernah lagi aku tengok diorang berkomunikasi dengan kawan-kawan diorang. Untuk pengetahuan korang, pengurus KFC ni adalah orang biasa macam kita. Dia boleh cakap tapi pada masa yang sama dia juga boleh guna bahasa isyarat. 

kat tepi dinding diorang ada provide contoh-contoh abjad dalam bahasa isyarat..hehe..sempat juga try tapi tak menjadi sangat :P



Aku tak pasti tempat lain ada ke tak. Setakat ni aku tak jumpa lagi. Mungkin dekat tempat korang ada. Hehe Lain kali, kalau datang Kuching, singgahlah ke KFC ni ye. Pengalaman sendiri tu lebih bermakna berbanding kita dengar cerita dari orang lain. Hehe.

p/s : orang OKU boleh cari makan. sanggup bekerja untuk rezeki yang halal. kenapa kita orang biasa yang tak ada kekurangan macam diorang tak nak berusaha untuk diri sendiri? renungkan. fikir-fikirkan :)

sadaqallahulazim.

5 comments:

  1. akak x penah jumpa pon kfc ne, kat mane ehh???

    teringin jugak nak tahu...nanti boleh pergi :)

    ReplyDelete
  2. kuching kt area mane ek?x penah jmpe plak..
    tingin nk pegi..hehe

    ReplyDelete
  3. area india street,kuching.bgtau je kt driver taxi tu yg akak nk pegi kfc india street.hehe

    ReplyDelete
  4. bena kata ktk Ma..ctok bersih jak nak.. mun kitak padah TQ cara bhasa isyarat, cdak nya hepi glak ya.. ^_^

    ReplyDelete
  5. kak sheeda : yalah..mek xpandei nk klaka k bhs isyarat...senyum jk..ktk mesti tauk nk?hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...