04 January 2012

IPG dah sama taraf dengan universiti tapi masih ada bezanya

Bismillah.

Tengah duduk menunggu sambil meng'online'. Alhamdulillah. Dah selamat sampai di Kuching. Penat juga sebab delayed dalam setengah jam. Bila kapal terbang mendarat je, bushhhhh air ada di mana-mana sahaja. Hujan lebat. Dah lah laptop aku terpaksa bimbit. Nasib tak rosak 'boyfriend' aku. hehe. Tak boleh. Encik Fudhail mengamuk kang. Sebelum berlepas ke Kuching, macam biasa lah kan. Kena lalu 'pintu gerbang' imigresen. Masa tu, berlaku sedikit perbualan antara aku dan dua orang pegawai imigresen yang mungkin sebaya dengan ayah aku.

Pakcik Imigresen 1 : nak pegi sinei? / nak pergi mana?
Aku : kmk nak g kuching pakcik / saya nak pergi kuching, pakcik
Pakcik Imigresen 1 : owh..apa polah sinun? / owh..buat apa sana?
Aku : Kamek agik study..di maktab batu lintang / saya studi lagi (blakang tu paham2 je lah)
Pakcik Imigresen 1 : owh..agik studi duhal..diploma kah? /owh..masih studi rupanya..diploma ke?

sumber : Google

Aku pelik sikit kat situ.Sebab dah banyak kali org cakap benda yg sama


Aku : Eh,sik pakcik.Kinek sekda gik diploma di maktab.setahun lebih foundation year. kmk tok baruk masuk degree year / eh..tak pakcik.sekarang tak ada lagi diploma di maktab n bla bla bla bla. (panjang lebar juga aku terangkan..hehe)
Pakcik Imigresen 2 : owhh...duhal..sikda kedak dolok / owhh..dah tak ada macam dulu rupanya (dia buat muka pelik macam terkejut)

Dan lepas tu, aku pun tak ingat apa lagi reaksi kedua-dua pakcik tu. Banyak kali dah aku disoal jawab mengenai kedudukan IPG masa ni. Lebih-lebih lagi, masa family outing. Biasalah kan, bila jumpa saudara -mara, kawan-kawan mak dengan ayah. Mungkin tak ramai yang tahu lebih-lebih lagi golongan tua. Yang muda-muda, fresh fresh dari sekolah tu tahu lah kot. tapi tak apa lah. Aku sekadar bagitahu benda yang aku tahu je.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...