20 January 2012

I'm officially 20.Farewell to my teenage years.

Bismillah.

On the 19 of January 1992, a baby girl named Erma Nazillah binti Hamsani was born. The so-called first child of two wonderful persons on Earth ever. They are Hamsani and Hadinah. Why so-called? 'Cause they've lost their first child which was a baby boy. And the person who wrote this entry is Erma herself. Yup, it's me. Obviously, today is my birthday. Yup. I'm 20! Sounds great and a new stage of life is just begun. There is no more teenage years. Twenty years of breathing on this land of Allah. One word to describe, ALHAMDULILLAH.

Malam tadi ada lah juga kena sembur dengan bedak Johnson. Haha. Kerja gila. Tapi, terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tersayang sebab mengganggu tidur ku. Haha. Sayang korang. Pagi tadi, orang rumah yang pertama call aku ialah adik lelaki aku yang tersayang. Dia call dalam 6.23 pagi macam tu before pergi sekolah.

Adik : hello kak. happy birthday!! (terharu sangat-sangat.actually,aku rindu dia)

Then almost 7,lepas siap mandi semua tu, sebelum pergi kelas, aku tengok handphone ada missed call dari ayah. Then aku call balik.

Aku : Pak, sorry. Baru siap mandi. Kenapa? (ecececece...haha..buat-buat tak tahu pulak)

Ayah : tak ada apa-apa..selamat hari jadi (serious,rasa nak nangis.lumrah aku memang macam ni..touching je..rindu lah...uwaaaa)

Aku : (sengih-sengih) hehe..terima kasih pak! buat apa tu?

Ayah : Baru nak pergi mandi nak turun kerja.Jap,mak ada ni.

Macam tu lah ayah aku.Dia tak banyak cakap.Cakap sikit-sikit lepas tu dia pass phone kat mak.Then...

Mak : Selamat hari jadi.. (terbayang muka dia..alahai..rindu)

Then borak-borak.Tak lama mana pun sebab dia cakap dia ada kerja nak buat.Biasalah kalau pagi-pagi kan? Kena buat air,kuih ke apa ke. Hari yang sangat relax sebab kelas dua jam je then sampai petang tak ada lecturer.Hehe. Aku rasa macam tak cukup tidur je hari ni. Kawan-kawan sibuk wish. Tinggal si kecik je yang tak wish. Tunggu dia call.At last petang tu

asalnya yang aku design lain.aku suka rainbow jadi aku mintak aunty owner bakery tu buat rainbow cuma dia ada ubah sikit tapi aku tetap suka.hehe


Adik perempuan : hello kak? happy birthday


Aku : uikk...tak ingat ke apa? hehe... terima kasih 


Adik perempuan : baru teringat lepas rehat tadi (suara dia ala-ala Doraemon sikit) kak, ustazah suruh join pertandingan khat tapi pertandingan tu masa cuti.ustazah puji khat yang adik buat cantik..n so on..

Hehe. Adik aku ni manja orangnya. Bongsu sebab tu lah manja terlebih. Macam budak kecik walaupun dah tingkatan tiga. Kat rumah selalu usik dia sampai dia marah. Selalu kutuk artis KPOP yang dia suka sebab aku tak minat. haha.

hehehe...macam kek budak-budak je kan?tak kisah lah..aku suka :)


Malam tadi sampai malam ni, birthday wishes kat Facebook yang melambak. Jenuh juga nak reply semua tapi sebab orang dah ucap, aku balas je lah. Dua ratus ke tiga ratus wish, entahlah. Malam tadi Encik Fudhail call dalam pukul 12 lebih.

Dr.K : sayang,call balik.Guna num Digi.

Memandangkan aku dengan dia guna Digi Easy (atas paksaan dari beliau sehingga saya pun bersetuju), jadi jimatlah kalau nak call ke apa.

Aku : okay

tutt tutt tutt...

Dr.K : hello..sayang nak tanya ni..subject pronoun tu macam mana?tolong orang boleh tak?

Aaaaaaaaaaa...rasa nak ketuk-ketuk je handphone masa tu. Ingatkan nak wish birthday aku, dia tanya pasal subject pronoun pulak -.-*

Aku : Yang orang terangkan pagi tadi tu. Ingat lagi tak?


Dr.K : Yang he, she, it semua tu kan? Boleh tolong orang buat ayat untuk tu tak?

Ting! Terfikir suatu idea. Idea baik punya!

Aku : He? Ermm.. He is busy with his final exam.


Dr. K : okay..apa dia?he is busy with the final exam..(gelak-gelak) macam perli je?

Aku : Eh,mana ada. Tadi sayang minta contoh ayat kan? orang bagi je lah


Dr.K : (gelak lagi) okay okay.next?


Aku : She is always lonely. (dalam hati,amekkk kau)


Dr.K : She is..hahaha (gelak lagi...geramnya) perli orang lah tu.


Aku : ehhhh...tak de tak de(nada memerli..wahahaha)mana ada perli.Orang cakap je


Dr. K : It plak?

Aku : It was the most terrible experience!(tahan punya tahan.okay,masa nak sembur dengan Ridsect) eii..jahatnya! lupa birthday orang!!!


Dr.K : hahaha.. mana ada lupa lah. sumpah tak lupa. kat sini kan tak masuk pukul 12 malam lagi. baru pukul 6 lebih kan?


Aku : eiii..tak de tak de..alasan..tipu lah tu


Dr.K : (dan gelak lagi) hahahaha..betul..orang tak lupa..

Wahahaha.Apa-apa je lah.Tapi memang dia tak lupa pun,cuma lewat dari orang lain.Geram pulak.Tak marah pun.Hehe. Bila dah masuk pukul 12 tengah hari waktu Malaysia, baru dia text, "Birthday Girl!Morning". Rasa nak ketuk-ketuk je. Morning pulak -.-*

Haha. Tu lah pengalaman sepanjang 19 Januari 2012. Hari di mana usia aku dah menjangkan 20 tahun. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah atas nikmat dan kesihatan yang berpanjangan. Semoga di usia ini, hidup aku,diri aku bakal berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Ada lah celebrate sikit-sikit dengan kawan-kawan. Simple je pon. Dah lama tak sambut kan. Saja nak tukar selera. Hehe.

sadaqallahulazim


2 comments:

  1. epi bday..sori lambat...blit umah ng buzy..tlpak bday kakak kelas gigih...adik bru aku comei bah=p

    ReplyDelete
  2. hahaha...smpei ati ko lupak muiz..hehe..makseh :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...