27 January 2012

Entry spoil mood.

Bismillah.

Penantian itu satu penyiksaan.Ya memang.Dari tadi tunggu page AirAsia loading.Lambat sangat-sangat.Jangan salahkan website rasmi pakej penerbangan tambang murah tu tapi salahkan diri sendiri yang tak sedar broadband dah minta 'mahar cinta' di hujung bulan. Bila dah loading,nak isi details semua tu,datang satu lagi masalah. Your mobile phone is invalid. Aik, sejak bila pula? Selama ni, bila aku book, aku taip benda yang sama je, tak pernah pula ada masalah macam ni. Lepas tu datang lagi satu masalah,your identification card number is invalid.Aik? Apa lagi ni? Seriously, bengang la juga. Macam-macam pula. Nak balik susah, tak balik pun susah. Bila dah tekan sana tekan situ,reload page,ubah itu ubah ini,baru okay balik.Geramnya.Spoil mood aku di pagi Jumaat yang sepatutnya berkat. Hilang sabar pula. Tengah 'cuti umum',syok juga bangun lewat.Almaklumlah tak ada kelas tapi bila kamar peraduanku diganggu oleh bunyi-bunyian dari handphone,saat sahabat-sahabat sibuk menghantar pesanan ringkas malah panggilan!! yang berbunyi 'elaun dah masuk'..'erma,hello.good morning.our allowance already...n so on..yang aku perlu balas dan jawab, aku jadi BENGANG. 

Professor Mad-Eye-Moody dari siri Harry Potter.
Aku memang tengah MOODY.Cuma mata aku ada empat.
Sumber : Google.

Haha. Malam tadi pening kepala bila aku susah nak lelap. Memang aku tak cukup tidur. Sekarang ni pun tengah pening-pening lalat. Alahai. Maaf ye sahabat. Aku tak marah korang hantar mesej dan call, cuma aku ni tak stabil sangat pagi ni. Dengan dia yang langsung tak ada khabar berita,betul-betul buat aku berduka. Macam lagu Shila Amzah, patah seribuuuu hatiku. Argh, biarlah. Dia ada life baru yang nak diteruskan. Semester baru, memang banyak subjek baru, sampai aku secara tak rasminya jadi pembantu, lama-lama haru biru, aku pun mati kutu! Orang ada tujuh tahun lagi nak sambung belajar. Aku ada dalam empat tahun. Kelas dia memang packed. Sampai hari cuti pun ada kelas! Ngaa. Sedikit terkilan kerana diri diabaikan. Haha. Adoyai. Entah apa-apa kan aku ni. Memang kena tahanlah bila bakal cikgu bercinta dengan bakal doktor. Life aku yang memang tiap hari online. Dia? Nak sentuh laptop pun jarang kot. Tak apalah. Marilah kita bersama-sama mencapai cita-cita dan juga cinta..ehem..

p/s : jangan menyampah pulak. title obviously 'spoil mood'. readers pun boleh spoil mood kan? ASIF JIDDAN. *terkeluar loghat Timur Tengah*

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...