23 January 2012

Dah 2 hari,aku buntu.Sangat-sangat.

Bismillah.

Pertama sekali,aku nak minta maaf dekat readers kalau apa yang aku bakal kongsi kali ni adalah hal yang berkaitan dengan hal cinta. Bukan aku sengaja tapi aku betul-betul tak senang duduk. Orang kata, bila kita tak sedap hati, mungkin ada sesuatu yang kurang elok terjadi. Aku betul-betul buntu tak tahu nak buat apa. Percintaan jarak jauh memang sakit cuma aku syukur sebab aku tak perlu keluar berdua dengan dia. Cukuplah sekadar berkongsi cerita di inbox,phone conversation dan di wall Facebook. Kalau orang tanya, macam mana hubungan jarak jauh antara aku dengan dia boleh kekal sampai sekarang? Mungkin jawapan aku jawapan tipikal tapi tu lah hakikatnya. Pertama, kau kena percaya dekat dia. Sebaik-baiknya, jauhkan hati dari syak wasangka. Kedua, kau kena terima dia seadanya. Terima dia siapa dan apa yang dia suka. Ketiga, setia. Kalau hati terusik bila bergaul dengan lelaki ajnabi yang lain, refleksi diri betul-betul dulu. Betul ke kau suka cinta dan sayang dekat dia? Alhamdulillah. Tiga tu yang aku jadikan sebagai prinsip. Tak kisah lah orang nak meluat ke apa. Yang penting kita tahu diri kita siapa.

Masalah timbul dalam beberapa hari ni. Dah masuk hari yang kedua, mungkin juga yang ketiga. Dia off handphone sepanjang hari. Aku pun tak tahu apa puncanya. Seingat aku, aku dan dia tak ada gaduh ke apa. Elok je. Kali terakhir dia call pun Jumaat lepas. Sejak semalam, bila aku call balik, sentiasa masuk voicemail. Bila on, aku call dia langsung tak angkat. Aku risau sangat-sangat. Sebelum ni, dia selalu minta tolong bila ada kelas English ke apa. Yang aku pelik, tiba-tiba dia hilang. Tak pernah pulak macam ni. Tadi aku call, handphone dia on. Ada sekali tu, call aku dijawab. Tapi yang peliknya bila aku sebut 'hello hello' tak ada yang jawab pun. Senyap je. SILENCE KILLS ME! Bila aku text, langsung tak jawab. Aku text lagi,

"Who are you?You're not Khairil,right?"

Guess what? Aku call lagi dan orang tu terus off handphone. Aku tak sedap hati lah. Sekarang ni, aku selalu dengar yang kat Mesir selalu ada rusuhan. Takut ada apa-apa yang tak elok jadi. Satu lagi, aku takut handphone Blackberry dia tu kena curi ke apa. Ish, merepek je aku ni kan? Tapi aku tak sedap hati. Tak elok fikir bukan-bukan tapi aku betul-betul tak sedap hati. Nasib baik aku guna phone murah je. Kenapa eh aku rasa mungkin handphone dia kena curi? Sebab dulu pernah jadi, dia kena tipu dengan orang kat sana. Terbang handphone sebijik. Aku blank. Tak tahu nak tanya siapa. Nak contact akak, akak pun tak online. Ya Allah. Entahlah. Maaf. Malam ni terkongsi di blog pulak. 

sadaqallahulazim.

4 comments:

  1. insyaAllah xde ape2..
    bykkn berdoa ye.. =)

    jenguk dan komen kalau sudi =) : Short Speech Ecom 1

    ReplyDelete
  2. doakan yang terbaik. inshaallah dia selamat erma.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...