16 January 2012

Course memang berbeza,tapi agama tetap sama,bang!

Bismillah.

Entry yang panjang berjela-jela

Hari yang penuh keriangan sebab petang tak ada kelas.Satu yang aku suka bila dah masuk degree,kelas sikit. Jadual pun tak padat macam zaman pra ijazah. Hehe. Tapi, kerja mencurah-curah ke ladang gandum macam kokokrunch. Tak apa. Umur makin meningkat, jadi cabaran tu makin tinggi. Kalau makin senang, tu bukan hidup namanya, ye tak? Sedikit pengalaman yang nak aku kongsikan hari ni. Pengalaman suatu masa dahulu. Aku teringat sebab tadi, masa dalam perjalanan balik dari kelas, mata aku terpandang sesuatu. Biarlah rahsia tapi apa yang aku nampak, made me think of something. Aku rasa setakat ni, aku belum pernah cerita apa yang jadi dulu di alam blog.

Kisahnya macam ni.

Aku adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai kaki online tapi jangan silap tafsir. Aku online selalunya adalah untuk membaca. Kesukaan aku ialah cerita-cerita yang terjadi di luar sana yang mungkin di luar pengetahuan aku, pengalaman orang, artikel dan perkongsian yang berunsurkan Islamik dan sebagainya yang ada faedah. Jujur aku katakan yang aku tak suka blog yang berunsurkan gosip. Biar cerita tu pelik tapi jangan sampai blog tu berunsurkan fitnah atau sebagainya yang boleh buka keaiban orang lain. Berdosa wooo. Sebagai seorang yang sangat suka online, aku dulu layan juga chatroom semua tu. Kenal-kenal dengan orang. Seronok juga cuma sekarang ni, aku rasa benda tu macam tak mendatangkan faedah sangat. Buang masa adalah. 

Satu pengajaran kepada aku,pernah satu ketika, aku berkenalan dengan seorang hamba Allah. Aku rasa masa tu aku masih lagi dalam semester 1 pra ijazah. Kenal-kenal macam tu je pon. Bukan nak bagi green light kepada dia untuk mengurat okay? Sekadar berkongsi cerita. Dia tanya aku study kat mana so aku bagitahu lah. Kebetulan, dia pun budak IPG(somewhere in Penang).Aku pun tak ingat. Lepas tu, kami bertukar-tukar cerita dan emel Facebook. Dia cakap dia major Sains. Senior dah. Cerita bermula bila dia add aku di Facebook. Alhamdulillah, dia tak tipu yang dia budak IPG sebab dari Facebook, dah boleh tahu dah. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia cakap macam ni...

Anonymous : Eh, awak ni budak TESL kan?

Aku : Ya..kenapa? (pelik sebab rasanya aku dah bagitahu)

Anonymous : Uishh..Biar betul awak ni..

Aku : Eh, betullah..nak tipu apanya? (kurang senang)

Anonymous : Yelah..bertudung tapi hidup macam omputeh..rata-rata budak TESL mesti macam ni.. kat tempat saya pun sama..

Source : Google


Sedikit tersentak dengan statement yang dia keluarkan. Setahu aku, sepanjang aku berada di IPG, tak pernah pula hidup aku ala-ala Mat Salleh. 

Aku : Kenapa pulak awak cakap macam tu?

Anonymous : tengok album dinner awak, dah boleh agak dah life macam mana. 

Oh, itu rupanya yang buat dia fikir macam tu. Punca dia cakap macam tu mungkin sebab gambar classmate aku yang majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam macam bumiputera Sarawak dan Chinese. Muslim memang ada tapi ada 6 orang je. Seorang lelaki dan lima orang perempuan. Aku tak boleh nak halang kalau tu dah jadi cara diorang berpakaian. Takkan lah aku nak suruh diorang pakai tudung dan jubah pulak? Sepanjang hidup aku, aku cuma bergaul dengan orang yang berlainan bangsa dari tingkatan 4 sampai sekarang. Masa sekolah rendah, kawan-kawan aku semuanya budak Melayu. Masa tingkatan 1 sampai 3, aku ambik Bahasa Arab jadi kawan-kawan sekelas mestilah orang Islam. Lepas tu, aku terangkan dekat dia,

Aku : Maaf ye awak. Saya rasa awak dah silap tafsir pasal course yang kami ambil. Awak tak boleh samakan tempat saya dan tempat awak. Ya,memang betul saya budak TESL tapi hidup saya masih sebagai seorang Islam. Saya masih orang Melayu. Family saya tekankan pasal agama sejak kecik. Saya tak amalkan pun cara hidup omputeh semua tu. Kita orang timur. Adat kita beza dengan diorang. Maaf lah ye cuma saya tak setuju dengan statement awak tu.

Anonymous : Eh, sorry lah. Jangan kecik ati ye. Macam marah je.

Aku : Tak..saya tak terasa hati ke apa cuma saya nak awak betulkan mind set awak tu. Lain orang mungkin lain cara.Tapi bagi saya agama kita tetap Islam. Bangsa tetap Melayu. 

Lepas tu,tak tahulah apa persepsi dia. Aku hairan. Apa masalahnya dengan bidang yang diambil?Kita belajar diorang punya bahasa bukan nak aplikasikan cara hidup diorang dalam hidup kita. Dekat tempat aku, senior TESL pun dah macam senior yang ambil Pengajian Islam. Pakai tudung labuh semua tu. Ni bukan pasal pemakaian ke apa tapi pasal pegangan. As for me, we're still Muslims regardless who we are, what major we are taking. This is a process of learning and this is a platform where we gain knowledge and everything. We have our own culture so stick with it. There is nothing to do with the Westerners or whatever it is. We have our own identity and values, preserve them. 

Bila kita bergaul dengan orang yang tak sebangsa,perkara penting yang kita kena jaga ialah saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kalau nak orang hormat diri kita,pegangan diri kita, kita kena hormat orang lain dulu. Jangan timbulkan sesuatu yang negatif sebab tak ada faedah. Kita nak belajar bukan nak cari pasal. Kepada orang yang aku kenal tu, aku harap, dia tak fikir macam tu lagi dah. Tak ingat lah nama dia apa. Tapi, statement dari hamba Allah tu aku kenang sampai bila-bila dan aku ambik sebagai pengajaran.

sadaqallahulazim.

6 comments:

  1. boleh plak bgi tnggapan dgn hnya tgok gmbr :)

    ReplyDelete
  2. sangat mudah org itu menentukan erma. huhu.. biarlah dia, selagi boleh ditegur kita tegur. huhu.moga dia tidak terus menghukum

    ReplyDelete
  3. yup2..indeed..tak boleh nk salahkan dia je sbb mybe sbb persekitaran yg buat jd mcm tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...